• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

oleh Ahmad Albab
04/05/2025
dalam Jenayah
0
Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743
Share on FacebookShare on Twitter

Shah Alam: Sepasang kekasih yang disyaki mencuri sejumlah barang kemas di sebuah kedai emas di daerah ini diberkas di Puncak Alam, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, tangkapan ke atas kedua-dua suspek pada jam 3:20 petang itu dibuat susulan laporan polis oleh jurujual kedai terbabit.

Menurutnya, polis turut merampas pakaian digunakan semasa kejadian selain telefon bimbit dan juga barang kemas yang dicuri.

“Siasatan mendapati kedua-dua suspek adalah pasangan kekasih berumur 25 dan 23 tahun, tidak bekerja dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Ada barang kemas itu yang telah dipajak dan ada juga dijual. Kesemua barang kemas telah dirampas di sekitar Klang.

“Kedua-dua suspek juga tidak mempunyai sumber kewangan kukuh dan mahu memulakan hidup baru secara bersama termasuk peluang untuk melakukan jenayah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, antara barangan dicuri ialah dua bentuk cincin emas 916 dan tiga rantai tangan emas 916 melibatkan kerugian keseluruhan berjumlah RM111,743.55.

“Kejadian itu berlaku pada 26 April lalu apabila mangsa didatangi pasangan terbabit yang berpura-pura berminat untuk membeli barangan kemas.

“Ketika pengadu sibuk mengambil pelbagai barangan emas untuk ditunjukkan, suspek perempuan bertindak mengambil beberapa barang kemas tanpa disedari pengadu.

“Kehilangan itu hanya disedari selepas pasangan terbabit beredar dan hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek perempuan mengambil barang kemas semasa pengadu sedang leka,” katanya.

Mohd Iqbal berkata, kedua-dua suspek direman selama tiga hari sehingga hari ini untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan,” katanya.

-Harian Metro

Tags: barang kemaspolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd