• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Lagi Saksi Bakal Dipanggil Bantu Siasatan Aliran Tunai Diterima Pengasas FashionValet – SPRM

oleh AK-47
14/11/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
4 Lagi Saksi Bakal Dipanggil Bantu Siasatan Aliran Tunai Diterima Pengasas FashionValet – SPRM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Empat lagi saksi akan dipanggil untuk membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkait aliran tunai diterima oleh pengasas syarikat FashionValet Sdn Bhd.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata pihak suruhanjaya itu dijangka menyiapkan siasatan kes berkenaan dalam tempoh dua minggu.

“Saya dimaklumkan oleh pegawai penyiasat SPRM bahawa empat lagi saksi telah dikenal pasti untuk membantu siasatan lanjut.

“Ia bagi membantu siasatan berhubung aliran tunai yang diterima oleh pengasas FashionValet,” katanya kepada New Straits Times.

Setakat ini, Azam berkata, SPRM sudah merakam keterangan 14 individu dalam siasatan kes membabitkan syarikat berkenaan.

Beliau berkata, suruhanjaya itu akan menyerahkan kertas siasatan berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut, dalam tempoh dua minggu.

“Hasil dapatan dan cadangan kami akan disertakan dalam kertas siasatan itu. Ia termasuk hasil dapatan kami berhubung isu tadbir urus korporat berkaitan kes berkenaan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan SPRM sedang menyiasat kes berkait kerugian pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam FashionValet berjumlah RM43.9 juta.

Terdahulu pada sidang Dewan Rakyat, hari ini, Kementerian Kewangan mendedahkan tiga faktor luar jangka menyebabkan kegagalan FashionValet sehingga pelaburan disuntik Khazanah dan PNB mengalami kerugian.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, dipetik berkata satu daripada faktor itu ialah implikasi COVID-19 yang menghalang perniagaan fizikal FashionValet dan mengakibatkan pasaran untuk pakaian premium, termasuk tudung, merosot dengan ketara.

Faktor kedua ialah perubahan trend platform fesyen e-dagang, di mana perkembangan pesat jenama fesyen tempatan terutama fesyen sopan, yang menggunakan saluran jualan e-platform tersendiri berserta saluran alternatif mudah akses seperti Facebook, telah menyebabkan FashionValet mengalami saingan hebat.

Faktor terakhir pula adalah dari segi cabaran pengumpulan dana yang mana semua cabaran itu telah menyebabkan kekangan aliran tunai kepada FashionValet.

-Berita Harian

Tags: Skandal FashionValetSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd