• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Pantau Perairan, Giat Kesan Tumpahan Minyak

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Johor Pantau Perairan, Giat Kesan Tumpahan Minyak
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pemantauan di kawasan perairan sedang dilakukan bagi mengesan sebarang tumpuan minyak susulan kebocoran paip minyak di Pulau Bukom, Singapura, yang menjejaskan perairan republik berkenaan, sejak Sabtu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Exco Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata bagaimanapun setakat ini, tiada kesan tumpahan minyak dikesan di perairan negeri.

“Jabatan Laut Wilayah Selatan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah dimaklumkan mengenai kebocoran paip minyak di perairan Singapura.

“Dua agensi berkenaan sedang giat melakukan pemantauan di perairan Johor. Ia bagi mengesan sebarang kesan tumpahan minyak,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Sebelum itu, sebuah akhbar Singapura melaporkan insiden pencemaran minyak di perairan republik itu berlaku awal pagi Sabtu lalu.

Ia dipercayai berpunca daripada kebocoran saluran paip sebuah syarikat minyak dan gas (O&G) antarabangsa di Pulau Bukom, yang terletak 5.5 kilometer barat daya dari daratan Singapura.

Pulau Bukom menempatkan tapak minyak dan petrokimia yang terintegrasi dengan kemudahan pembuatan untuk bahan api, minyak asas pelincir dan bahan kimia khusus.

Lembaga Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) dilaporkan berkata, kebocoran minyak dikesan kira-kira jam 5.30 pagi Sabtu, dari saluran paip darat milik sebuah syarikat O&G antarabangsa antara Pulau Bukom dan Bukom Kecil.

Akibat insiden itu, minyak dari paip berkenaan telah dilaporkan mengalir ke kawasan penampungan dengan sebahagiannya melimpah ke saluran air antara Pulau Bukom dan Bukom Kecil di perairan Singapura.

Peralatan termasuk boom penampan minyak dilaporkan sudah diletakkan berhampiran lokasi kebocoran minyak manakala MPA Singapura telah mengaktifkan dron dan keupayaan satelit untuk menjejak kesan minyak bagi tujuan pembersihan di perairan republik itu.

-Sinar Harian

Tags: Johorperairantumpahan minyak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Johor Melangkah Ke Hadapan Sebagai Pusat Pertumbuhan Serantau Yang Mendapat Perhatian Dunia – Lee Ting Han

Johor Melangkah Ke Hadapan Sebagai Pusat Pertumbuhan Serantau Yang Mendapat Perhatian Dunia – Lee Ting Han

03/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Johor kini sedang melangkah ke hadapan sebagai pusat pertumbuhan serantau yang semakin mendapat perhatian dunia selepas hampir...

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Seramai 5,000 pelajar daripada keluarga B40 di Johor bakal menerima pek SIM prabayar YES 5G percuma hasil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd