• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wisma Putra Siasat, Lapor Polis Nota Diplomatik Bocor

oleh Mohd Arshad
04/09/2024
dalam Utama & Sensasi
0
Wisma Putra Siasat, Lapor Polis Nota Diplomatik Bocor
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kementerian Luar Negeri (KLN) akan menjalankan siasatan dalaman dan membuat laporan polis susulan kebocoran maklumat Nota Diplomatik daripada Kementerian Luar Negeri Republik Rakyat China yang dialamatkan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Beijing pada 18 Februari lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

KLN dalam kenyataan, berkata pihaknya merujuk kepada satu artikel yang diterbitkan oleh sebuah portal media Filipina bertarikh 29 Ogos lalu berhubung nota diplomatik berkenaan.

Katanya, kementerian itu memandang serius isu kebocoran dokumen terbabit yang juga saluran perhubungan rasmi antara dua negara kepada pihak umum.

“Dalam konteks ini, KLN sedang menjalankan siasatan dalaman mengenai kebocoran maklumat terperingkat ini.

“KLN juga akan membuat laporan polis supaya siasatan turut dapat dibuat oleh pihak berkuasa itu dengan segera,” katanya.

Katanya, Malaysia dan Republik Rakyat China mempunyai hubungan dua hala dan kerjasama yang sangat akrab dan aktif.

“Kedua-dua negara adalah Rakan Strategik Komprehensif (Comprehensive Strategic Partners) dan sentiasa mengambil inisiatif-inisiatif baharu yang berpotensi memantapkan perkongsian ini ke tahap yang lebih tinggi.

“Berkenaan isu Laut China Selatan, kedua negara sudah menzahirkan iltizam dan komitmen bagi menyelesaikan sebarang isu secara aman menerusi konsultasi dan dialog dengan menggunakan platform sedia ada dan juga melalui saluran diplomatik, tanpa pertelingkahan atau kekerasan.

“Pada masa sama, pendirian Malaysia terhadap isu Laut China Selatan tidak pernah berganjak,” katanya.

Menurut KLN, Malaysia akan terus mempertahankan kedaulatan, hak-hak kedaulatan serta kepentingannya di kawasan maritim negara berdasarkan kepada Peta Malaysia 1979.

“Pendekatan Malaysia ini adalah selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf sejagat termasuk Konvensyen Undang-Undang Laut Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Convention on the Law of the Sea- UNCLOS) 1982.

“Bagi memastikan Laut China Selatan kekal sebagai lautan yang aman, stabil serta selamat bagi kelangsungan perdagangan, Malaysia akan terus mengutamakan pendekatan diplomatik dalam urusannya bersama negara lain, termasuk China.

“Ini selaras dengan peruntukan-peruntukan yang termaktub di dalam Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak di Laut China Selatan (DOC) yang menekankan penyelesaian kepada pertelingkahan secara aman, tanpa ancaman atau kekerasan,” katanya.

Tambahnya, Malaysia kekal komited dalam rundingan antara negara ASEAN dan China bagi memuktamadkan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC) yang substantif dan efektif dan selaras dengan peruntukan UNCLOS 1982.

“Mulai Ogos 2024, Malaysia dan Republik Rakyat China adalah pengerusi bersama selama tiga tahun bagi mesyuarat Asean dan China berkaitan pelaksanaan DOC dan rundingan bagi memuktamadkan COC,” katanya.

-Berita Harian

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shahrol Shiro Sindir PMX: “Budak Ini Siang Malam Kerja Untuk Johor”

Shahrol Shiro Sindir PMX: “Budak Ini Siang Malam Kerja Untuk Johor”

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - “Budak yang PMX sebut ini, kita orang kat Johor dah kenal sangat dah. Budak itulah yang selalu...

Nantikan 30 Mei 2026 ‘Enter The Realm of Champions’ – Tunku Mahkota Ismail

Nantikan 30 Mei 2026 ‘Enter The Realm of Champions’ – Tunku Mahkota Ismail

18/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mencetuskan keterujaan dalam kalangan penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila memberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd