Monday, October 7, 2024

Creating liberating content

Rezeki Balik Umrah, Hanez...

ALHAMDULILLAH.. nampaknya semakin mencurah-curah rezeki aktres jelita Hanez Suraya selepas pulang dari mengerjakan...

Program JBD Bukti Kerajaan...

PEKAN - Pelancaran Progam Jimat Belanja Dapur (JBD) peringkat kebangsaan di Bandar Dara,...

Najib Senaraikan 3 Cabaran...

KUALA LUMPUR - Kebertanggungjawaban selepas revolusi maklumat, kurang bersosial dengan masyarakat setempat dan...

Kes Turun, Mungkinkah Petugas...

KUALA LUMPUR - Memasuki hari ketiga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari...

Tiga Guru Antara Lima Ditangkap Bunuh Murid Dalam Ritual Tantrik Di Uttar Pradesh

NEW DELHI – Polis di negeri Uttar Pradesh, utara India menahan lima orang, termasuk tiga guru, selepas seorang murid sekolah dibunuh dalam jenayah pengorbanan manusia.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kejadian itu berlaku di sebuah sekolah di daerah Hathras, kira-kira 180 kilometer dari New Delhi.

Murid lelaki itu, berusia 11 tahun, dicekik sehingga mati pada Ahad selepas pengetua sekolah memilih untuk “mengorbankan” mangsa dalam ritual tantrik, mempercayai ia akan membawa kemakmuran kewangan dan kemasyhuran kepada sekolahnya serta keluarga, lapor media tempatan pada Jumaat, memetik polis.

Kanak-kanak itu diculik dari asrama selepas pemilik sekolah Jasodhan Singh, seorang penganut ilmu hitam dan ritual tantrik meminta anaknya Dinesh Baghel, yang merupakan pengarah sekolah itu, untuk melakukan pengorbanan manusia, menurut laporan berkenaan.


Dua guru dan pengetua sekolah Laxman Singh turut terlibat dalam jenayah itu dan antara yang ditangkap.

Khurafat adalah perkara biasa dalam masyarakat India, tetapi amalan kultus yang melampau seperti tantrisme dan ilmu hitam boleh melibatkan seks menyimpang, keganasan, pembunuhan, pemotongan anggota badan dan pengorbanan manusia sekali-sekala. 

-Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori