• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan Berbaur Hasutan, Akmal Beri Keterangan Esok

oleh Mohd Arshad
28/09/2024
dalam Politik, Terkini
0
Kenyataan Berbaur Hasutan, Akmal Beri Keterangan Esok
Share on FacebookShare on Twitter

Jasin : Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, esok.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ia susulan laporan polis dibuat DAP Sarawak yang mendakwa pemimpin itu mengeluarkan kenyataan berbaur keagamaan dan hasutan.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau itu mengesahkannya menerusi hantaran dimuat naik di media sosial, malam ini.

“Insya-Allah, esok saya akan dipanggil ke IPD Jasin jam 10 pagi untuk disoal siasat atas laporan polis yang dikenakan ke atas saya mengenai isu kenyataan sijil halal yang dikeluarkan oleh Teresa Kok sebelum ini.

“Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Jika takut dengan cabaran, jangan sesekali dipanggil pejuang. Untuk saya menyerah kalah tidak sama sekali, apa lagi untuk saya memohon maaf kerana saya diajar untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air saya, walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawa saya sendiri.

“Kamu (DAP) yang buat hal, kamu yang nak ‘play victim’ pula. Kita jumpa di mahkamah!,” tulisnya.

Pada 12 September lalu, DAP Sarawak membuat satu laporan polis berhubung kenyataan Dr Muhamad Akmal yang didakwa boleh menyebabkan perpecahan kaum di Malaysia termasuk di Sarawak.

-Harian Metro

Tags: Akmal Salehhasutanketerangan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Deposit Simpan SSPN Cecah RM18.85 Bilion, 6.54 Juta Akaun Dibuka

Next Post

PN Terima Kekalahan Di DUN Mahkota Dengan Hati Terbuka

Related Posts

Kes Buli: Lima Daripada Tujuh Pelajar MRSM Dirakam Keterangan

Kes Buli: Lima Daripada Tujuh Pelajar MRSM Dirakam Keterangan

08/04/2025
0

NIBONG TEBAL- Polis telah merakam keterangan lima daripada tujuh pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini yang dipercayai terlibat...

Lima Cedera Diserang Rottweiler: Polis Sudah Ambil Keterangan Pemilik Anjing

Lima Cedera Diserang Rottweiler: Polis Sudah Ambil Keterangan Pemilik Anjing

02/04/2025
2

Baling: Polis sudah mengambil keterangan pemilik dua anjing jenis Rottweiler yang menyerang lima individu di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil,...

Next Post
PN Terima Kekalahan Di DUN Mahkota Dengan Hati Terbuka

PN Terima Kekalahan Di DUN Mahkota Dengan Hati Terbuka

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd