• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Deposit Simpan SSPN Cecah RM18.85 Bilion, 6.54 Juta Akaun Dibuka

oleh AK-47
28/09/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Deposit Simpan SSPN Cecah RM18.85 Bilion, 6.54 Juta Akaun Dibuka
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Sebanyak RM18.85 bilion jumlah deposit Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) diterima dengan bilangan akaun berjumlah 6.54 juta, setakat 31 Ogos lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Seri Norliza Abdul Rahim, berkata pencapaian deposit Simpan SSPN sentiasa menunjukkan peningkatan membanggakan, dan prestasi itu membuktikan ia adalah produk simpanan terbaik di negara ini.

“Tahun ini, genap dua dekad usia Simpan SSPN. Tempoh ini bukanlah satu fasa yang singkat.

“PTPTN telah mengharungi pelbagai cabaran untuk memastikan Simpan SSPN terus kekal relevan sebagai produk simpanan terbaik dan berdaya saing di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan sempena pelancaran Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024, hari ini.

Norliza berkata, PTPTN menyasarkan jumlah deposit Simpan SSPN mencecah sebanyak RM220 juta bagi BMS 2024 yang bermula 26 September hingga 31 Oktober depan.

“Berdasarkan prestasi kutipan deposit dalam tempoh enam tahun penganjuran BMS, saya optimis BMS 2024 akan mencatatkan kutipan deposit Simpan SSPN yang luar biasa,” katanya.

BMS merupakan program utama PTPTN dalam memartabatkan amalan penabungan, dan mempromosikan Simpan SSPN sebagai produk simpanan pilihan utama masyarakat Malaysia.

Tahun 2024 merupakan tahun ketujuh penganjurannya sejak 2018.

BMS kali ini bertemakan Fantasi sempena Hari Impian Sedunia yang disambut pada 25 September setiap tahun, dengan mengekalkan slogan ‘Jom Jadi Superhero Anak Anda.’

Tema ini mengangkat idea serta kreativiti untuk merangsang daya imaginasi dan perkembangan fikiran kanak-kanak bagi meneroka ilmu dan juga pengalaman baharu serta menyerlahkan potensi mereka. 

–BERNAMA

Tags: akaunSSPN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelepasan Cukai Kepada Pendeposit SSPN Dilanjutkan Tahun Ini – PTPTN

Pelepasan Cukai Kepada Pendeposit SSPN Dilanjutkan Tahun Ini – PTPTN

10/05/2024
0

KUALA LUMPUR : Pelepasan kepada cukai pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun, dilanjutkan pada tahun ini kepada ibu bapa...

Rafizi Stabil Selepas Serangan Jantung

15 Akaun Pengasas MYAirline Dalam Proses Dibekukan

21/10/2023
0

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia dalam proses membekukan lebih 15 akaun yang mempunyai kaitan dengan pengasas syarikat penerbangan tambang murah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd