Sunday, October 6, 2024

Creating liberating content

PAS Hilang Kelayakan Bentuk...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) adalah sebuah angkatan baharu yang dijadikan...

Pekerja Hotel Dijel, Tunjuk...

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja hotel terpaksa 'bermalam' di penjara gara-gara berbogel dan...

“Si Haram Jadah Ni...

SEORANG wanita nyaris menjadi mangsa rogol ketika berhenti untuk membuang air kecil di...

Obses Cantik.. Lindsay Lohan...

PELAKON Hollywood penuh kontroversi, Lindsay Lohan sekali lagi menjadi buah mulut peminat hiburan...

PN Terima Kekalahan Di DUN Mahkota Dengan Hati Terbuka

KLUANG – Perikatan Nasional (PN) menerima keputusan yang dibuat oleh pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menyaksikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan hati terbuka.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota bagi PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, gabungan itu tidak akan berputus asa sebaliknya akan terus berusaha pada pilihan raya akan datang.

“Sejak dari awal lagi kita sudah menyatakan Mahkota, Kluang merupakan kawasan Pakatan Harapan (PH)-BN namun kita tetap berusaha sedaya upaya menyantuni seramai mungkin pengundi.

“Calon kita juga, Coach Haizan diterima baik oleh pengundi. Berbanding UMNO, mereka telah gunakan segenap jentera kerajaan negeri mahupun persekutuan untuk meraih sokongan dalam PRK kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama (BGU) PN di Jalan Dahlia Kampung Melayu di sini pada malam Sabtu.

Hadir sama Pengerusi PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata, sokongan kepada PN tidak berubah di Mahkota jika dibandingkan dengan keputusan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022.


“Kita juga ingin berkongsi sokongan kepada PN cukup baik dan nampaknya sokongan juga tidak berubah atau menurun berbanding pada PRN lalu.

“Pada PRN lalu peratusan keluar mengundi sebanyak 58 peratus dan kita meraih 7,614 undi.

“Pada hari ini peratusan kuar undi terus menurun kepada 54 peratus namun sokongan kepada PN tetap berada sekitar 7,332 undi menurut angka yang tidak rasmi sebentar tadi,” ujarnya.

Mohamed Azmin turut menggesa pihak bertanggungjawab agar mengenal pasti faktor yang menyebabkan peratusan keluar mengundi yang rendah di PRK DUN Mahkota.

“Peratusan keluar undi pada hari ini, adalah paling rendah iaitu hanya 54 peratus sahaja.

“Maka peratusan undi yang rendah ini menuntut semua pihak untuk melihat secara serius dan ambil langkah untuk pastikan penyertaan rakyat Malaysia dalam pilihan raya dapat ditingkatkan selepas ini,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori