• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cukai Pendapatan: Beban Atau Manfaat?

oleh Mohd Arshad
27/09/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Cukai Pendapatan: Beban Atau Manfaat?
Share on FacebookShare on Twitter

SEBILANGAN pihak mengeluh apabila disebut tentang cukai. 

Bagi golongan ini, cukai sesuatu yang membebankan dan menyusahkan hidup.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mereka berpendapat, 100 peratus pendapatan yang mereka peroleh daripada bekerja atau berniaga seharusnya milik mereka semata-mata.

Antara dialog yang biasa didengari: “Buat apa perlu bayar cukai? Aku kerja/ berniaga siang malam kena beri duit kepada kerajaan. Kayakan kerajaan?”.

Ini persepsi negatif yang telah bertapak sekian lama akibat sikap culas dalam mengambil tahu tentang kepentingan membayar cukai.

Golongan ini fikir segala kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, perkhidmatan pengangkutan awam yang mereka gunakan saban hari dalam bekerja atau berniaga tidak melibatkan sebarang kos.

Barangkali mereka fikir aspek keselamatan yang membolehkan mereka bekerja atau berniaga dengan aman dan sejahtera tidak melibatkan sebarang kos.

Mungkin juga mereka fikir sekolah untuk anak-anak mereka belajar atau hospital kerajaan yang menjadi tempat dituju apabila sakit adalah percuma.

Untuk makluman, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) berulang kali mengingatkan orang ramai tentang kepentingan cukai terhadap negara dan masyarakat. 

Hasil daripada cukai pendapatan digunakan oleh kerajaan untuk mentadbir dan mengurus sesebuah negara bagi perbelanjaan pembangunan.

Cukai digunakan untuk membiayai perbelanjaan pentadbiran negara termasuk projek-projek pembangunan awam seperti sekolah, universiti, hospital, klinik kesihatan, jalan raya, lapangan terbang dan lain-lain lagi.

Cukai juga digunakan untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara.

Bukan itu sahaja, pendapatan dan kekayaan diagihkan semula kepada mereka yang memerlukan. 

Dari rakyat kepada rakyat.

Dalam erti kata lain, selain daripada membantu negara, anda sebenarnya membayar cukai pendapatan untuk manfaat diri sendiri.

Mereka yang culas membayar cukai pendapatan sebenarnya telah berlaku tidak adil kepada rakyat Malaysia yang patuh cukai.

Jadikan tabiat membayar cukai ini suatu amanah dan bukannya suatu beban.

-MYNEWSHUB

Tags: cukai pendapatanLHDN
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

18/03/2026
0

CYBERJAYA, 18 Mac 2026 – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengesahkan bahawa individu yang tersilap menandakan ruangan “Cukai ditanggung...

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Persoalan hukum sama ada waris individu yang sudah meninggal perlu membayar tunggakan cukai pendapatan ditinggalkan si mati terjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd