Sunday, October 6, 2024

Creating liberating content

DBKL Benar Himpunan RUU...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan Padang Merbok di sini...

Taylor Swift, Tom Hiddleston...

PENYANYI Taylor Swift dilaporkan sudah putus cinta dengan kekasihnya, aktor British, Tom Hiddleston...

KPDN Serbu Stor Produk...

Kuala Lumpur: Keterujaan memiliki wajah cantik melalui pelbagai produk kosmetik murah dibeli melalui...

Pegawai, Suami Isteri Buat...

PUTRAJAYA - Seorang ketua unit pemasaran dan pembiayaan sebuah bank serta sepasang suami...

AMANAH Gesa Kuatkuasa Fatwa 1994 Kepada Semua Ahli GISBH

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) menggesa pihak berwajib agama di setiap negeri menguatkuasakan fatwa 1994 pada setiap ahli Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) supaya mereka kembali ke pangkal jalan sepertimana yang diajarkan oleh syariat Islam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPPā€¦..

Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, dalam masa yang sama, pihaknya turut yakin dengan kecekapan pihak polis dan institusi perundangan negara untuk mengadili isu GISBH mengikut prinsip undang-undang.

Katanya, sudah tiba masanya semua pihak bergabung tenaga bagi memelihara keselamatan aqidah dan keselamatan orang awam yang dilakukan oleh ajaran sesat Islam bertopengkan simbol agama.

“Isu GISBH ini sudah dimaklumkan kepada Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam seawal tahun 2018 yang mana Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) melaporkan bahawa ia adalah jelmaan baharu dari Rufaqa’ dan sebelumnya Al Arqam.

“JAKIM turut melaporkan ketika itu GISBH masih lagi mengamalkan ajaran al Arqam yang diisytiharkan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5 Ogos 1994.

“Sejak 1994 hingga kini GISBH masih kekal mengamalkan kesesatan amalan al Arqam dan ini sangat bahaya kepada keselamatan aqidah umat Islam yang boleh membawa kepada kesyirikan dan kekufuran.

“Oleh itu, AMANAH menggesa pihak berwajib agama di setiap negeri fatwa tahun 1994 pada setiap ahli GISBH supaya mereka kembali ke pangkal jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, GISB dipalit kontroversi eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja selepas 20 premis yang dikaitkan dengan syarikat itu sebagai pusat jagaan dan rumah amal diserbu polis awal pagi 10 September lalu.

Dalam serbuan terbabit, polis menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia satu hingga 17 tahun, selain menahan 171 individu termasuk ustaz yang mengendalikan premis yang diserbu untuk siasatan lanjut.


Terdahulu, dalam sidang media di Kuantan, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, berkata operasi GISB bermula selepas Darul Arqam diharamkan dan beberapa pemimpin kanannya ditahan polis pada 1994 mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selepas pengharaman Darul Arqam, katanya, pengikut menubuhkan Rufaqa Corporation disusuli penubuhan GISB pada 2008 sebagai organisasi perniagaan berasaskan agama dengan doktrinnya masih tarekat Aurad Muhammadiah yang diharamkan.

Mengulas lanjut, Mujahid yang juga bekas Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, AMANAH memandang serius isu GISBH dan dakwaan terhadapnya yang kini berada dalam siasatan polis.

Katanya, dakwaan eksploitasi kanak-kanak termasuk perlakuan seksual seperti liwat dan meliwat adalah sesuatu yang perlu dikutuk sekerasnya oleh semua masyarakat. “AMANAH turut menuntut penjenayah terbabit dibawa muka pengadilan dalam kadar segera serta menghukum mereka mengikut lunas perundangan negara.

“Selain itu, AMANAH juga mengutuk pihak yang mempergunakan simbol dan ajaran agama Islam untuk tujuan keji bagi mewajarkan tindakan mereka.

“Ini termasuk tuduhan ke atas GISBH yang menjaja atas nama sekolah tahfiz dan membela anak yatim dengan mengeksplotasi kanak-kanak mengutip derma di khalayak ramai.

“Perbuatan mengeksploitasi atas nama agama dan menggunakan kanak-kanak ini untuk mengutip derma harus dihentikan segera termasuk ke atas pihak lain,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori