• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nantikan 30 Mei 2026 ‘Enter The Realm of Champions’ – Tunku Mahkota Ismail

oleh Mynewshub
18/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Nantikan 30 Mei 2026 ‘Enter The Realm of Champions’ – Tunku Mahkota Ismail
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mencetuskan keterujaan dalam kalangan penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila memberi bayangan sebuah acara mega bertaraf antarabangsa bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim di sini, 30 Mei ini.

Menerusi hantaran di media sosial, Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik JDT memuat naik kapsyen ‘Nantikan 30 Mei 2026’ serta video pendek berkait ‘Enter The Realm of Champions’ (Melangkah Ke Alam Juara)

Sementara itu, laman media sosial rasmi JDT, Johor Southern Tigers (JST) memaklumkan pelbagai persembahan hebat bakal disajikan di Stadium Sultan Ibrahim pada hari tersebut.

Antaranya termasuk pertunjukan dron, bunga api, teknologi ‘augmented reality’ serta penampilan artis antarabangsa terkenal.

Dalam hantaran sama, JST turut menyifatkan malam tersebut sebagai “a JDT night to remember” sekali gus menambah teka-teki mengenai kejutan besar lain bakal diadakan.

‘Enter The Realm of Champions’ dijadual berlangsung pada 30 Mei 2026, pukul 8 malam di Sultan Ibrahim Stadium dijangka menjadi antara malam paling meriah dan menarik buat penyokong JDT. – MYNEWSHUB

 

Tags: Enter The Realm of ChampionsJDTJohor Darul Ta’zimPemangku Sultan Johorstadium sultan ibrahimTunku Mahkota Ismail
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Kongsi ‘Wall of Champions’ Tarik Perhatian Netizen

Tunku Mahkota Ismail Kongsi ‘Wall of Champions’ Tarik Perhatian Netizen

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Perkongsian carta “Wall of Champions” Juara Piala AFC oleh Tunku Mahkota Ismail menarik perhatian penyokong bola sepak...

Satu Kegagalan Kecil Tidak Memadam Satu Musim Yang Luar Biasa

Satu Kegagalan Kecil Tidak Memadam Satu Musim Yang Luar Biasa

14/05/2026
0

TAK usah seronok sangat JDT tak mara ke final Shopee Cup. Macamlah pasukan masing-masing baru angkat treble Eropah. Seolah-olah Harimau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd