• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keadaan Di UK Membimbangkan, Rakyat Malaysia Perlu Jauhi Kawasan Protes

oleh Mohd Arshad
05/08/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Keadaan Di UK Membimbangkan, Rakyat Malaysia Perlu Jauhi Kawasan Protes
Share on FacebookShare on Twitter

Seremban : Demonstrasi di beberapa kawasan di United Kingdom (UK) kini semakin membimbangkan dan ada yang berubah kepada bentuk keganasan, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Sehubungan itu beliau menasihati rakyat Malaysia yang menetap atau berkunjung ke UK supaya menjauhi kawasan protes serta berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London bagi memudahkan urusan berkaitan keselamatan.

“Rakyat Malaysia dinasihatkan tidak berada di tempat yang dijangka menjadi kawasan sasaran, sentiasa berhubung dengan pejabat kedutaan agar kita dapat tahu mereka berada dalam keadaan baik,” katanya kepada pemberita di Wisma Negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata, protes di negara Eropah ketika ini dilihat sebagai pola baharu kebangkitan puak kanan yang menunjukkan sikap toleransi amat rendah dan beliau berharap insiden itu tidak merebak.

Mohamad berkata penularan maklumat tidak sahih dalam media sosial juga berbahaya dan memberikan masalah kepada sesebuah negara.

Kementerian Luar dalam kenyataan sebelum ini berkata rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London di alamat 45 – 46 Belgrave Square, London, UK atau telefon +44 20 3931 6196 atau +44 20 7235 8033 atau e-mel di [email protected].

Media melaporkan pihak berkuasa UK berhadapan tekanan untuk menamatkan rusuhan terburuk England dalam tempoh 13 tahun berikutan insiden tikam di Southport pada 29 Julai lalu.

-Harian Metro

Tags: protesrakyat Malaysiauk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Ke Eropah Melalui India Tertakluk Kepada Saringan Tambahan

Rakyat Malaysia Ke Eropah Melalui India Tertakluk Kepada Saringan Tambahan

16/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang melancong ke Eropah melalui India akan dikenakan saringan tambahan oleh pihak berkuasa sempadan Eropah sebelum...

Harga Petrol RM1.99 Untuk Rakyat Malaysia, Bukan Warga Asing

Harga Petrol RM1.99 Untuk Rakyat Malaysia, Bukan Warga Asing

27/07/2025
0

MUAR - Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad menegaskan harga petrol RON95 pada kadar subsidi RM1.99 seliter yang diumumkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd