• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Hari Ini Bukan Hari Untuk Kita Pulang Ke Rumah Dengan Kepala Kita Ke Bawah’

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pengasas Telegram Ditahan: Elon Musk Sindir Undang-undang Eropah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kata-kata semangat Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail kepada pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi ‘azimat’ yang membawa kepada kejayaan Harimau Selatan menjulang Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

JDT menerusi laman media sosial mereka mendedahkan video di dalam bilik persalinan bagaimana Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik kelab itu melaungkan pesanan keramat kepada pemain Harimau Selatan sebelum aksi final menentang Selangor.

Menerusi video berdurasi satu minit itu, Tunku Mahkota Ismail dilihat bercakap dengan nada tegas dan penuh bersemangat yang mahukan skuad kendalian Hector Bidoglio pulang ke rumah dengan membawa trofi Piala FA.

“Ingat apa yang saya katakan semalam, hari ini bukan hari untuk kita pulang ke rumah dengan kepala kita ke bawah.

“Kita perlu mengangkat kepala dengan pingat di dada. Trofi itu ada di luar, ia adalah Piala FA, dia menunggu kita, bawa dia pulang,” kata Tunku Mahkota Ismail.

JDT mengecapi satu lagi detik gemilang apabila menjulang Piala FA buat kali keempat dengan penuh bergaya selepas membelasah juara lima kali, Selangor 6-1 dihadapan 80,350 penonton yang membanjiri Stadium Nasional.

Kejayaan itu menyaksikan Harimau Selatan mencipta sejarah baharu apabila muncul pasukan pertama melakar hatrik menjulang Piala FA selepas memenanginya pada 2022 dan 2023.

Malah, skuad Harimau Selatan turut menetapkan rekod baharu sebagai pasukan yang meraih kemenangan terbesar di pentas final Piala FA sejak pertama kali dipertandingkan pada tahun 1990.

BHonline-

Tags: JDTPiala FATunku Mahkota Ismail
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pemangku Sultan Johor Terima Sembah Maklum Berkaitan Pertahanan Negara

Pemangku Sultan Johor Terima Sembah Maklum Berkaitan Pertahanan Negara

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi menyembah maklum...

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

22/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan JDT+, sebuah platform kandungan premium khusus untuk membawa penyokong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd