• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Duta Asing Dinasihatkan Berhati-hati Keluar Kenyataan Berkaitan Palestin

oleh Mohd Arshad
30/08/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Polis Tumpaskan Kegiatan Seks Bertukar Pasangan, Tahan 36 Individu
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menasihatkan duta asing di negara ini supaya lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan berkaitan isu Palestin yang boleh menyentuh sentimen rakyat Malaysia.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mohamad berkata, walaupun pandangan dibuat berdasarkan asas negara diwakili, namun mereka perlu mengetahui dan menyedari sentimen rakyat di negara ini yang menentang sekeras-kerasnya genosid di Palestin.

“Saya kesal dengan apa diperkatakan (dalam wawancara portal media tempatan bersama Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia)… walaupun pandangan itu bagi pihak negara beliau, tetapi jangan sampai memperkecilkan pandangan dunia tentang kekejaman dan pembunuhan rakyat Palestin yang tidak berdosa termasuk wanita dan kanak-kanak,” katanya.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata demikian kepada pemberita pada program Ziarah Kasih di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota.

Beliau mengulas kenyataan Duta Amerika Syarikat, Edgard D Kagan bertajuk Bekal senjata dan perdamaian: Duta AS ulas konflik Asia Barat menerusi wawancara dengan media portal tempatan baru-baru ini.

Mohamad berkata, pandangan itu di luar batasan perikemanusiaan.

“Walaupun (mereka) nak menyokong Israel rakan sekutu, tapi tidaklah sampai boleh mengatakan bahawa itu (genosid di Palestin) perkara biasa… Saya harap supaya duta-duta asing berada di negara ini lebih berhati-hati walaupun bercakap atas asas negara mereka,” katanya.

Bernama-

Tags: duta asingKenyataanPalestin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ADUN Jengka Persoal Kenyataan PMX: “Ini Kempen Atau Ugutan?”

ADUN Jengka Persoal Kenyataan PMX: “Ini Kempen Atau Ugutan?”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau akan tetap menjadi...

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd