• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K’jaan Pertimbang Elaun Sara Hidup Buat Pelajar STPM

oleh AK-47
09/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
K’jaan Pertimbang Elaun Sara Hidup Buat Pelajar STPM
Share on FacebookShare on Twitter

PARLIMEN | Kementerian Pendidikan sedang mempertimbangkan untuk menyediakan elaun kos sara hidup pelajar Tingkatan Enam sebagai sebahagian daripada usaha untuk menarik lebih ramai pelajar menyertai program itu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pada sidang parlimen hari ini, Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata cadangan itu adalah sebahagian daripada inisiatif kementerian.

Cadangan inisiatif lain termasuk elaun untuk guru penolong kanan Tingkatan Enam dan bantuan geran per kapita lebih tinggi bagi mata pelajaran STPM.

“Inisiatif ini bertujuan menarik minat pelajar mengambil STPM dan juga meningkatkan motivasi guru Tingkatan 6.

“Cadangan itu masih di peringkat awal, kerana ia dicadangkan di bawah pelan Pelan Hala Tuju Pendidikan Tingkatan Enam 2024-2030, yang dilancarkan pada Mei,” katanya.

Menteri Pendidikan Fadhilina Sidek mendedahkan pada Julai tahun lepas bahawa kementerian bercadang untuk menjenamakan semula Tingkatan Enam bagi memastikan STPM menjadi pilihan pelajar melanjutkan pelajaran.

Mengulas lanjut mengenai rancangan itu, Wong berkata kementerian juga memberi tumpuan kepada kemudahan dan infrastruktur pusat Tingkatan Enam dan mempertingkatkan sukatan pelajaran peperiksaan STPM.

Di bawah rancangan itu, kementerian menyenaraikan tujuh objektif:

Menjadikan Tingkatan Enam sebagai laluan utama dan pilihan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran

Mempertingkatkan sistem pendidikan Tingkatan Enam agar lebih menarik dan setanding dengan sistem pendidikan prauniversiti yang lain

Meningkatkan kebolehpasaran lepasan STPM sama ada dalam dan luar negara

Menyediakan lebih banyak peluang kerjaya dan prospek untuk lepasan STPM

Memupuk sifat kepimpinan dalam diri pelajar Tingkatan Enam

Membangunkan profesionalisme guru Tingkatan Enam

Menambah baik infrastruktur di pusat Tingkatan Enam

“Kementerian sentiasa komited untuk memperkasa dan memartabatkan pendidikan Tingkatan Enam secara berterusan dengan mengambil kira semua aspek agar laluan ini kekal sebagai salah satu pilihan utama lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: elaun sara hidupKerajaanPelajar STPM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PMX Anwar Umum Kerajaan Naikkan Perlindungan Bil Elektrik Kepada 800 kWj Hingga 31 Disember 2026

PMX Anwar Umum Kerajaan Naikkan Perlindungan Bil Elektrik Kepada 800 kWj Hingga 31 Disember 2026

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Madani memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kilowatt-jam (kWj) kepada...

Kerajaan Disaran Beri Rebat Isi Rumah Pasang Solar Kurangkan Bil Elektrik

Kerajaan Disaran Beri Rebat Isi Rumah Pasang Solar Kurangkan Bil Elektrik

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan memberikan rebat kepada isi rumah yang memasang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd