• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Akan Laksanakan Pembenihan Awan Di Perak, Kedah

oleh AK-47
28/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Kerajaan Akan Laksanakan Pembenihan Awan Di Perak, Kedah
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan akan melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di negeri Perak dan Kedah pada 29 hingga 31 Julai ini untuk meningkatkan paras air Empangan Bukit Merah dan Empangan Muda bagi tujuan pertanian dan kegunaan air domestik.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, OPA dilaksanakan atas permohonan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kerian serta Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) melalui penyelarasan antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) berkata, pelaksanaan OPA adalah salah satu daripada usaha kerajaan untuk menangani impak fenomena cuaca panas dan Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan sehingga penghujung September depan.

“MetMalaysia menjangkakan taburan hujan di negeri Kedah dan Perak yang rendah sehingga September ini manakala bekalan air dari Empangan Muda dialirkan ke Empangan Pedu bagi keperluan domestik, industri dan pengairan padi (Musim 1/2024).

“Semasa permulaan musim tanaman padi di sekitar Sungai Muda akan berlaku konflik di antara keperluan domestik, industri dengan pengairan padi. Keutamaan akan diberikan kepada keperluan domestik dan industri,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut Ahmad Zahid, kekurangan turunan hujan akan mengakibatkan takungan simpanan terus menyusut seterusnya tidak dapat menampung keperluan untuk jangka masa panjang.

“Tanaman padi kawasan Muda merupakan jelapang padi terbesar di Malaysia dengan keluasan 100,641.19 hektar (81,606.66 hektar di Kedah, 19,034.53 hektar di Perlis).

“Manakala kawasan tanaman padi di Kerian yang menerima sumber air dari Empangan Bukit Merah pula merupakan jelapang padi ketiga terbesar di Malaysia dengan keluasan 20,326 hektar,” ujarnya.

Ahmad Zahid berkata, menurut laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara pada 26 Julai lalu, peratus takungan semasa Empangan Muda ialah 9.44 peratus manakala Empangan Bukit Merah adalah 15.25 peratus.

“Operasi ini akan dilaksanakan selama tiga hari berturut-turut. Selaku Pengerusi Bencana Pusat, saya bersetuju bahawa pelaksanaan OPA ini dibuat bagi menjamin sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan sepanjang tempoh negara berhadapan dengan cuaca panas dan kering,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: KedahKerajaanPembenihan AwanPerak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Derma Syarikat Arak: PAS Mungkin Tidak Bersama Gerakan Pada PRU16

Next Post

Trend Festival Pakaian Bundle, Vintaj Semakin Popular, Angkat Nama Malaysia Di Mata Dunia

Related Posts

Kerajaan Sedia Teliti Semula Peluasan SST – Supol Menteri Kewangan

Kerajaan Sedia Teliti Semula Peluasan SST – Supol Menteri Kewangan

17/06/2025
0

IPOH – Kerajaan bersedia meneliti semula pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sekiranya terdapat kelompongan atau aduan berhubung pelaksanaannya...

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

27/03/2025
0

PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor diberi kebenaran untuk memasukkan kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pihak ketiga dalam saman...

Next Post
Trend Festival Pakaian Bundle, Vintaj Semakin Popular, Angkat Nama Malaysia Di Mata Dunia

Trend Festival Pakaian Bundle, Vintaj Semakin Popular, Angkat Nama Malaysia Di Mata Dunia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd