• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Beranak Ditahan SPRM Disyaki Terlibat Keluarkan Pas Lawatan IMM13

oleh AK-47
27/07/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
1
Dua Beranak Ditahan SPRM Disyaki Terlibat Keluarkan Pas Lawatan IMM13
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Dua beranak ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas disyaki terlibat dalam pengeluaran pas lawatan IMM13 yang didalangi beberapa petugas sebuah agensi penguat kuasa di daerah ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perintah reman terhadap ibu dan anak yang masing-masing berusia 50-an dan 30-an itu dikeluarkan oleh Majistret Marilyn Kelvin selepas SPRM membuat permohonan di Majistret Sandakan, pada pagi Sabtu.

Sebelum itu, menurut sumber, suspek pertama dan anak perempuannya telah ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sandakan, kira-kira jam 7 malam Jumaat.

“Kedua-dua ibu dan anak ini dipercayai bertindak sebagai orang tengah dalam menguruskan lanjutan permohonan pas lawatan IMM13 kepada pelarian dari Filipina yang datang berlindung di Sabah akibat pergolakan sekitar awal 1970-an.

“Siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sejak tahun 2022 dan ia melibatkan wang rasuah berjumlah kira-kira RM20,000,” katanya.

Sementara itu Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan akan dibuat susulan penahanan tersebut.

-Sinar Harian

Tags: Pas Lawatan IMM13SPRM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd