• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Simpanan Air Mentah Empangan Malut Di Paras Bahaya

oleh AK-47
04/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Simpanan Air Mentah Empangan Malut Di Paras Bahaya
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya : Empangan Malut di Kedah merupakan satu-satunya empangan yang masih menunjukkan penyusutan baki stok simpanan semasa air mentah dan berada pada paras bahaya susulan cuaca panas, iaitu 28.50 peratus hingga semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi satu kenyataan hari ini yang memetik Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memaklumkan empat empangan lain menunjukkan baki stok simpanan semasa air mentah berada pada paras amaran.

“Empat empangan itu ialah Empangan Muda di Kedah yang merekodkan paras 32.17 peratus, Empangan Timah Tasoh di Perlis (47.43 peratus), Empangan Sembrong Barat di Johor (47.64 peratus) dan Empangan Teluk Bahang di Pulau Pinang (47.9 peratus),” menurut NADMA dalam laporan ringkas berkaitan status cuaca panas hari ini.

NADMA memaklumkan pada 30 Mei lepas, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengeluarkan hebahan ramalan kemarau bagi satu lembangan sungai, iaitu Lembangan Sungai Muda, Kedah.

Berkaitan status cuaca panas, menurut NADMA pada 1 hingga 3 Jun tiada daerah mencatatkan cuaca panas tahap 1 iaitu tahap berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian 35 darjah Celsius hingga 37 darjah Celsius sekurang- kurangnya tiga hari berturut-turut kecuali daerah Mukah, Sarawak yang mencatatkan cuaca panas tahap 1 pada 1 Jun.

“Sepanjang tempoh hingga 3 Jun, tiada kawasan mencatatkan tahap gelombang haba di Malaysia. Bagi tempoh laporan dari 4 hingga 10 Jun pula dijangkakan corak cuaca yang sama akan berlaku iaitu tahap amaran paling maksimum yang akan dikeluarkan adalah pada tahap 1 sahaja,” menurut agensi berkenaan.

NADMA memaklumkan sepanjang tempoh 29 Mei hingga hari ini, terdapat dua kawasan merekodkan kualiti udara tidak sihat iaitu di Kedah (Alor Setar) dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) dicatatkan ialah 104 dan di Terengganu (Kuala Dungun) ialah 180.

Hasil pemantauan agensi berkenaan hingga semalam mendapati jumlah kes kumulatif bagi penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 93 kes berbanding 88 pada 27 Mei, dengan pecahan kes mengikut diagnosis adalah 21 kes strok haba, 67 kes kelesuan haba dan lima kes kejang haba.

-Harian Metro

Tags: Empangan MalutNADMASimpanan Air Mentah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TH Berjaya Kutip Dana Lebih RM1 Juta

Next Post

Ustaz Don Daniyal Direhatkan Daripada Bersiaran Di RTM

Related Posts

Bella Disyaki Diculik, Teman Lelaki Ditahan

Banjir: 28,032 Mangsa Banjir Di Lima Negeri

28/12/2023
0

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir di lima negeri mencatatkan peningkatan kepada 28,032 orang, pagi ini, berbanding 25,763 orang malam tadi,...

Berlindung Dalam Bangunan, Bawah Meja Jika Gempa Bumi

Berlindung Dalam Bangunan, Bawah Meja Jika Gempa Bumi

12/05/2023
0

PETALING JAYA – Orang ramai disaran untuk kekal berlindung di dalam bangunan dan menjauhkan diri daripada objek berat ketika berhadapan...

Next Post
Ustaz Don Daniyal Direhatkan Daripada Bersiaran Di RTM

Ustaz Don Daniyal Direhatkan Daripada Bersiaran Di RTM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd