Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Tuduhan PM Guna Dana...

KUANTAN - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan tuduhan...

67 Penagih, Pengedar Dadah...

TELUK INTAN - Polis menahan 67 penagih dadah, termasuk enam suspek yang dipercayai...

Pembayaran Elektronik Sepenuhnya Di...

KUALA LUMPUR - Pembayaran tol di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Jitra, Bukit...

Timor Leste Sedia Bekal...

KUALA LUMPUR - Timor Leste bersedia membekalkan tenaga kerja sebagai pembantu rumah ke...

Ustaz Don Daniyal Direhatkan Daripada Bersiaran Di RTM

KUALA LUMPUR : Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid direhatkan daripada bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM), susulan isu pertikaian di media sosial berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran RTM, Datuk Suhaimi Sulaiman menerusi ciapan di laman sosial X, hari ini.

“Untuk meredakan keadaan, I have asked the team to (saya meminta untuk) rehatkan dulu Ustaz Don dari Salam Baitullah.

“Don’t ask me about what I think or feel (Jangan tanya apa yang saya fikir dan rasa). Numbed (terkelu),” ciapnya.

Difahamkan, langkah itu dibuat selepas Don Daniyal dikritik oleh beberapa pihak ekoran dakwaannya berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW.

Dalam dakwaan dibuat semasa bersiaran di sebuah stesen radio, Don Daniyal mendakwa Baginda pernah melamar seorang wanita, Ummu Hani sebanyak tiga kali dan cinta pertama Rasulullah.

Meskipun mendapat teguran beberapa tokoh agamawan, pendakwah terbabit bertegas dengan dakwaannya dan tidak membuat sebarang pembetulan.


Semalam, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan kenyataan menjelaskan mengenai isu terbabit dan kenyataan mengenai Ummu Hani sebagai cinta pertama Nabi Muhammad SAW turut diragui.

Justeru, orang ramai tidak sewenangnya menyatakan sesuatu perkara yang tidak benar berkenaan Baginda.

Ia mesti didasari dengan suatu asas ataupun dalil yang menyatakan secara khusus perkara sedemikian lebih-lebih lagi perkara yang membabitkan soal hati dan perasaan seseorang.

Terdahulu, Suhaimi memberitahu tugas Don Daniyal dalam Salam Baitullah adalah sebagai perantara dan bukan penganalisis atau penceramah malah sudah dinasihatkan untuk tidak mengundang kontroversi.

Katanya, pimpinan tertinggi pengarang juga ada di lokasi bagi menentukan semua perantara mengikut skrip.

Salam Baitullah adalah sebuah rancangan RTM yang bersiaran pada musim haji bermula 2 Jun sehingga 17 Jun.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori