• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: 28,032 Mangsa Banjir Di Lima Negeri

oleh Mohd Arshad
28/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bella Disyaki Diculik, Teman Lelaki Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir di lima negeri mencatatkan peningkatan kepada 28,032 orang, pagi ini, berbanding 25,763 orang malam tadi, yang ditempatkan di 137 pusat pemindahan sementara (PPS).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menunjukkan Kelantan kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 21,377 orang yang ditempatkan di 68 PPS di lima daerah, meningkat daripada 19,423 orang pada 8 malam tadi.

Menurut laporan itu, 37 PPS dibuka di Pasir Mas yang menempatkan 18,289 mangsa, 19 di Kuala Krai (1,136 mangsa), masing-masing lima PPS di Tanah Merah (327 mangsa) dan Tumpat (1,507 mangsa) serta 118 mangsa berlindung di dua PPS di Gua Musang, setakat 6 pagi ini.

Di Terengganu, jumlah mangsa mencatatkan peningkatan kepada 6,289 orang yang berlindung di 59 PPS, pagi ini, berbanding 5,983 orang di 60 PPS, malam tadi, dengan daerah terjejas meliputi Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Terengganu, Marang dan Setiu.

Pahang turut mencatatkan peningkatan jumlah mangsa pagi ini kepada 214 orang yang berlindung di lima PPS di Jerantut, Kuantan, Lipis dan Cameron Highlands, berbanding 206 mangsa, malam tadi.

Laporan itu memaklumkan daripada lima PPS yang masih dibuka di Pahang, PPS di daerah Cameron Highlands membabitkan insiden tanah runtuh dan menempatkan 87 mangsa.

Di Sabah, 31 mangsa ditempatkan di dua PPS di Pitas setakat 6 pagi ini, meningkat sedikit daripada 30 orang pada 8 malam tadi.

Sementara itu, jumlah mangsa di Johor tidak berubah dengan 121 mangsa masih berlindung di tiga PPS di daerah Mersing dan Segamat.

Bagi tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran, empat sungai di Kelantan iaitu Sungai Kelantan di Pasir Mas, Sungai Golok di Tumpat, Sungai Golok di Pasir Mas, Sungai Kelantan Kota di Bharu, berada pada paras bahaya.

Di Terengganu pula, tiga sungai merekodkan paras bahaya iaitu Sungai Kemaman, Sungai Dungun dan Sungai Terengganu.

HarianMetro-

Tags: BanjirNADMAPPS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd