• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Dipenjara 6 Tahun Bakar Kereta Wanita

oleh Mohd Arshad
20/06/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Penganggur Dipenjara 6 Tahun Bakar Kereta Wanita
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Penganggur dipenjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan membakar sebuah kereta Toyota Vios milik seorang wanita, April lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Hakim Norina Zainol Abidin menjatuhkan hukuman itu terhadap T Gunasegaran, 39, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh sabitan hari ini.

Mengikut pertuduhan, Gunasegaran didakwa melakukan khianat api dengan maksud hendak menyebabkan kerosakan kereta jenis Toyota Vios milik seorang wanita berusia 37 tahun bernilai RM43,000.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tepi jalan jalan hadapan Blok F Pinggiran Bukit Jalil di sini pukul 3.40 petang pada 11 April lalu.

Berikutan itu pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Timbalan Pendakwa Raya, Ngoh Jess Lynn memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh selain kesalahan yang dilakukan serius kerana mendatangkan kerugian.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan menanggung ibu yang sakit.

-Harian Metro

Tags: bakar keretaPenganggurPenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengaku Tetak Anak Dan Isteri, Lelaki Dipenjara 20 Tahun

Mengaku Tetak Anak Dan Isteri, Lelaki Dipenjara 20 Tahun

04/11/2025
0

Sibu: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun terhadap seorang lelaki berusia 58 tahun selepas...

Cederakan Rakan, Masukkan Serbuk Cili Dalam Seluar, Wanita Dipenjara 15 Tahun, Denda

Cederakan Rakan, Masukkan Serbuk Cili Dalam Seluar, Wanita Dipenjara 15 Tahun, Denda

23/10/2025
0

Kuala Lumpur: Seorang wanita warga Indonesia dihukum penjara 15 tahun dan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd