• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Individu, Syarikat Terbabit Dagangan Wang Kripto Dikenal Pasti LHDN

oleh Mohd Arshad
19/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Individu, Syarikat Terbabit Dagangan Wang Kripto Dikenal Pasti LHDN
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya : Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengenal pasti beberapa individu dan syarikat yang menjalankan perdagangan mata wang kripto dalam usaha mengurangkan ketirisan hasil cukai dan menambah baik pentadbiran cukai negara.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata, pihaknya mendapati kekerapan transaksi dagangan mata wang kripto itu adalah tinggi dan LHDN kini dalam proses semakan data untuk menentukan sama ada berlaku isu percukaian atau tidak.

“Kita tahu bahawa dalam sesuatu keadaan jika jumlah transaksi adalah tinggi dan sebagainya, apa-apa daripada keuntungan kripto ini juga tertakluk kepada cukai.

“Mereka menjalankan aktiviti ini dalam jumlah (merujuk kepada kekerapan transaksi) yang tinggi dan tidak membuat apa-apa pelaporan kepada kita,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil penyertaan Program Tadbir Urus Percukaian Korporat (TCG), di sini, hari ini.

Baru-baru ini dilaporkan operasi pematuhan khas LHDN, Ops Token telah diadakan untuk mengurangkan ketirisan hasil cukai dalam perdagangan mata wang kripto di mana ia diadakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan CyberSecurity Malaysia (CSM) di 10 lokasi berbeza sekitar Lembah Klang secara serentak.

Abu Tariq berkata, mana-mana individu yang terlibat dengan perdagangan mata wang kripto dalam negara adalah tertakluk kepada cukai pendapatan di Malaysia dan mereka yang kurang pasti mengenai sistem percukaian tersebut boleh menghubungi pihak LHDN atau merujuk kepada garis panduan yang telah ditetapkan.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, program TCG dapat memberikan pemahaman yang lebih meluas ke atas pengurusan organisasi pembayar cukai dan prosedur tadbir urus percukaian dan kawalan risiko percukaian selain dapat meningkatkan hubungan antara pembayar cukai dan LHDN bagi membolehkan isu percukaian diselesaikan secara konsultasi berbanding konfrontasi.

“Melalui TCG, sesebuah organisasi dapat meningkatkan pemahaman mereka tentang peraturan cukai yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan dan mengukuhkan sistem dalaman syarikat bagi memastikan pematuhan cukai secara berterusan,” katanya.

LHDN melancarkan TCG pada 1 Mac 2022 sebagai salah satu inisiatif memperkasakan aktiviti pematuhan secara sukarela dengan fokus ke arah kerjasama utuh antara pihak pembayar cukai dengan LHDN sebagai pentadbir cukai negara.

Pelancaran program itu melibatkan dua fasa utama iaitu projek rintis yang bermula pada 1 Jun 2022 sehingga 30 Jun 2024 dan bakal diikuti dengan pelaksanaan penuh TCG bermula 1 Julai ini.

-Harian Metro

Tags: LHDNWang Kripto
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Siasat Bentley Yang Digunakan Untuk Perdaya Mangsa

Next Post

LHDN Iktiraf Tujuh Syarikat Sertai TCG – Abu Tariq

Related Posts

Cara Mudah Daftar dan Guna e-Invois untuk Bisnes Kecil Anda

Cara Mudah Daftar dan Guna e-Invois untuk Bisnes Kecil Anda

03/07/2025
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR, 1 Julai 2025 – Dalam era digitalisasi perniagaan, sistem e-Invois yang dibangunkan oleh Lembaga Hasil Dalam...

Fasa 3 Sistem E-Invois Bermula Hari Ini, Babit Pembayar Cukai Dengan Hasil RM5 Juta Hingga RM25 Juta

Fasa 3 Sistem E-Invois Bermula Hari Ini, Babit Pembayar Cukai Dengan Hasil RM5 Juta Hingga RM25 Juta

01/07/2025
0

CYBERJAYA: Fasa tiga pelaksanaan sistem e-Invois membabitkan pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM5 juta hingga RM25 juta...

Next Post
LHDN Iktiraf Tujuh Syarikat Sertai TCG – Abu Tariq

LHDN Iktiraf Tujuh Syarikat Sertai TCG – Abu Tariq

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd