• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Siap Sedia Pelan Kecemasan, Utama Kebajikan Jemaah Haji

oleh AK-47
03/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Kerajaan Siap Sedia Pelan Kecemasan, Utama Kebajikan Jemaah Haji
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan sentiasa bersiap sedia dengan pelan kecemasan bagi menjamin keselamatan jemaah haji Malaysia sekiranya berlaku sebarang insiden atau bencana ketika menunaikan rukun Islam yang kelima, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mohd Na’im berkata, aspek keselamatan 31,600 jemaah haji menjadi keutamaan kerajaan dalam memastikan tetamu ALLAH itu dapat menunaikan haji dengan lancar.

“Sudah tentu perancangan kita dah buat, kita bincang dengan kerajaan Arab Saudi (bagi mendapatkan situasi terkini). Itu yang penting.

“Kita sentiasa berhubung dengan kerajaan Arab Saudi, dan jaminan yang kita berikan.. apa sahaja bentuk musibah, sentiasa bersedia dengan pelan alternatif,” katanya ketika ditemui pada Majlis Semarak Aidilfitri Wilayah Persekutuan Putrajaya 2024 di sini pada Jumaat.

Mohd Na’im yang mengulas persediaan Tabung Haji (TH) ekoran laporan media antarabangsa mengenai banjir susulan hujan lebat melanda bahagian utara Arab Saudi sehingga memaksa penutupan sekolah dan jalan raya, turut percaya bahawa 150 petugas haji TH dapat memberikan komitmen penuh dalam memastikan operasi haji 2024 berjalan lancar.

Beliau turut menasihatkan jemaah haji agar sentiasa menjaga kesihatan, tahap disiplin dan nama baik negara ketika berada di Tanah Suci agar tidak menjejaskan imej negara serta hubungan baik dengan Arab Saudi.

“Kita sebagai negara pertama yang terima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah haji musim ini, jadi jangan sesekali terlibat dalam apa sahaja perbuatan atau kegiatan yang boleh melanggar peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi. Bila mereka beri keutamaan kepada kita, kita kena balas baik,” katanya.

Pada 28 April lepas, Mohd Na’im dilaporkan berkata, pengeluaran visa pertama itu diberikan kepada Malaysia susulan persiapan awal dilaksanakan TH dalam pelbagai aspek.

Penerbangan kumpulan pertama petugas sudah mula berlepas pada 30 April diikuti dengan tiga kumpulan besar iaitu masing-masing pada 2, 6 dan 9 Mei.

Penerbangan pertama jemaah haji negara akan bermula 9 Mei ini manakala penerbangan terakhir pada 9 Jun 2024.

Tahun ini, hari Wukuf jatuh pada 9 Zulhijjah yang dijangka pada Sabtu, 15 Jun.

Sebanyak 100 penerbangan sewa khas melibatkan syarikat penerbangan AMAL by Malaysia Airlines Bhd dan Saudia Airlines pada musim haji kali ini.

-Sinar Harian

Tags: Hajijemaah hajiKerajaanPelan Kecemasan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jalan Sultan Ismail Ditukar Dua Hala Selepas Waktu Puncak

Next Post

Wan Fayhsal Sila Nyatakan Pendirian Mengenai Gaji Penjawat Awam Naik – Saifuddin

Related Posts

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

Kerajaan Sedia Teliti Semula Peluasan SST – Supol Menteri Kewangan

Kerajaan Sedia Teliti Semula Peluasan SST – Supol Menteri Kewangan

17/06/2025
0

IPOH – Kerajaan bersedia meneliti semula pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sekiranya terdapat kelompongan atau aduan berhubung pelaksanaannya...

Next Post
Wan Fayhsal Sila Nyatakan Pendirian Mengenai Gaji Penjawat Awam Naik – Saifuddin

Wan Fayhsal Sila Nyatakan Pendirian Mengenai Gaji Penjawat Awam Naik - Saifuddin

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd