• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Johor Kutuk Keganasan, Ekstremisme Korbankan 2 Wira Negara

oleh Mohd Arshad
19/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
4 Wanita Antara 20 Migran Indonesia Ditahan Di Rumah Transit Sindiket
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme yang mengorbankan dua wira negara, awal pagi kelmarin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata apatah lagi serangan berdarah Balai Polis Ulu Tiram itu mengorbankan nyawa dua wira negara selain mencederakan seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Sebelum saya memulakan penggulungan seperti yang kita semua maklum, awal pagi Jumaat lalu

kita telah digemparkan dengan insiden yang amat mendukacitakan.

“Satu serangan terhadap Balai Polis Uli Tiram telah dibuat dan ia mengorbankan dua anggota polis dan cederakan seorang lagi anggota.

“Kerajaan Johor kutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme apatah lagi korbankan insan tak bendosa terutama wira negara.

“Kerajaan Johor berdiri teguh bersama PDRM dalam usaha memerangi keganasan dan ekstremisme. Kita akan bekerjasama dengan semua agensi keselamatan supaya insiden sebegini tak berulang lagi di Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri

(DUN) Johor ke-15, hari ini.

Terdahulu, Onn Hafiz turut memohon dewan bertafakur dengan menghadiahkan al-Fatihah ke atas gugurnya dua wira negara berkenaan.

Kelmarin, media melaporkan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, di sini, awal pagi Jumaat, yang mengorbankan dua anggota polis serta suspek penyerang.

Dua anggota yang terkorban adalah Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said manakala Koperal Mohd Hasif Roslan, yang parah, kini stabil dan masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.

Susulan kejadian itu, polis dilaporkan telah menyerbu rumah suspek dan tangkapan dibuat terhadap lima ahli keluarganya yang berusia lingkungan 19 hingga 62 tahun, yang kini sedang direman.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram, bertindak sendirian, didorong motivasi dan kefahamannya sendiri.

Dalam pada itu, Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap berkata, kerajaan negeri merakamkan takziah kepada keluarga dua anggota wira negara yang terkorban dalam serangan itu.

“Bagi kerajaan negeri, saya merakamkan takziah kepada keluarga dua wira negara, Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said, atas tragedi amat dikesali ini.

“Semoga roh keduanya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Kita doakan Koperal Mohd Hasif Roslan, yang masih dirawat supaya diberi kesembuhan dan pulih seperti biasa,” katanya.

BHonline-

Tags: Balai Polis Ulu Tiramkeganasankerajaan Johorserangan berdarah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

4 Wanita Antara 20 Migran Indonesia Ditahan Di Rumah Transit Sindiket

Next Post

Nyawa PM Slovakia Tidak Lagi Dalam Bahaya Selepas Cubaan Membunuhnya

Related Posts

Ahli Keluarga Penyerang Balai Polis Ulu Tiram: Permohonan Kes Dibicara Bersama Didengar 20 Januari

Ahli Keluarga Penyerang Balai Polis Ulu Tiram: Permohonan Kes Dibicara Bersama Didengar 20 Januari

17/12/2024
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menetapkan 20 Januari depan bagi mendengar permohonan pendakwaan agar kes lima...

UNSC Tuntut Myanmar Hentikan Keganasan

UNSC Tuntut Myanmar Hentikan Keganasan

22/12/2022
1

NEW YORK : Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) akhirnya menerima pakai resolusi pertamanya mengenai Myanmar dalam tempoh 74 tahun...

Next Post
Nyawa PM Slovakia Tidak Lagi Dalam Bahaya Selepas Cubaan Membunuhnya

Nyawa PM Slovakia Tidak Lagi Dalam Bahaya Selepas Cubaan Membunuhnya

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd