• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Perkenal Dasar Kawal Lonjakan Harga Hartanah Di Johor

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
2
Johor Perkenal Dasar Kawal Lonjakan Harga Hartanah Di Johor
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri memberi jaminan Penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) tidak akan mengenepikan Bangsa Johor daripada menerima kesan limpahan ekonomi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, JS-SEZ sudah menimbulkan kebimbangan Bangsa Johor dari segi keselamatan dan harga hartanah yang akan melonjak khususnya di kawasan Iskandar Puteri.

Sehubungan itu, ujarnya kerajaan Johor akan memperkenalkan dasar termasuk premium tanah bagi mengekang spekulasi harga hartanah yang menyebabkan bangsa Johor tidak mampu membeli rumah sendiri.

“Johor perlu dasar-dasar untuk mengekang spekulasi harga hartanah meningkat berlaku. Kita tidak mahu harga hartanah naik dan akhirnya rakyat Johor tidak mampu. Mungkin ada premium-premium tertentu dapat diperkenalkan.

“Selain itu, kerajaan Johor juga akan berbincang dengan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi pembinaan lebih banyak rumah dibina di kawasan JS-SEZ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan Datuk Pandak Ahmad (BN- Kota Iskandar) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Sultan Ismail dekat sini, pada Ahad.

Sebelum itu, Pandak bertanya mengenai jaminan kerajaan Johor terhadap JS-SEZ kepada nelayan tempatan dari segi keselamatan di perairan dan harga hartanah yang dijangka melonjak di kawasan Iskandar Puteri.

Onn Hafiz (BN-Machap) menjelaskan apa sahaja keputusan mahupun cadangan kerajaan Johor berkaitan JS- SEZ akan mengutamakan rakyat tempatan.

“Mengenai keselamatan nelayan, baru-baru ini saya ada berjumpa dengan persatuan nelayan. Dalam perbincangan pelbagai inisiatif disalurkan kepada nelayan daripada kerajaan negeri termasuk daripada kerajaan Persekutuan.

“Dari segi keselamatan, perkara ini juga perlu dilontarkan dalam sesi dialog libat urus bersama kementerian terlibat. Ada 18 kementerian terlibat dalam perbincangan untuk memastikan perkara yang dibangkitkan semua pihak diambil kira,” katanya.

Pada September tahun lalu, Onn Hafiz dilaporkan berkata, penubuhan JS-SEZ itu akan mengambil contoh usaha pembangunan Zon Ekonomi Shenzhen yang berupaya merekodkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah RM1.93 trilion pada 2021.

-Sinar Harian

Tags: Harga HartanahJohor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Institusi Pendidikan Di Johor Beroperasi Semula Isnin Ini Susulan Penurunan IPU

Semua Institusi Pendidikan Di Johor Beroperasi Semula Isnin Ini Susulan Penurunan IPU

24/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor memutuskan semua institusi pendidikan di seluruh negeri itu akan beroperasi semula mulai Isnin, 26 Oktober...

Tiga Individu Dipenjara 12 Bulan, Johor Tegas Basmi Ajaran Sesat – Mohd Fared

Tiga Individu Dipenjara 12 Bulan, Johor Tegas Basmi Ajaran Sesat – Mohd Fared

23/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru semalam menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM5,000 bagi setiap kesalahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd