• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insiden SIA: 8 Daripada 16 Rakyat Malaysia Sudah Pulang Ke Tanah Air

oleh Mohd Arshad
27/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
2
Bekas Kakitangan Kesatuan Ragbi Malaysia Didakwa Seleweng Cek Lebih RM2 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

SHANGHAI – Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin mengesahkan lapan daripada 16 penumpang rakyat Malaysia yang menaiki penerbangan SQ321 Singapore Airlines (SIA) sudah kembali ke tanah air, setakat Isnin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata, seorang penumpang yang cedera dalam insiden gelora udara ekstrem itu sudah dibenarkan keluar hospital dan menunggu proses dibawa pulang ke tanah air dalam masa terdekat.

“Tujuh lagi rakyat Malaysia, masing-masing dirawat di Hospital Samitivej Srinakarin dan di Hospital Samitivej Sukhumvit sudah dipindahkan ke wad biasa dan berada dalam keadaan stabil.

“Seorang lagi rakyat Malaysia yang juga kru pesawat SQ321 SIA dan turut terjejas dalam insiden berkenaan akan melakukan penerbangan ke Singapura, hari ini,” katanya pada sidang media di sini pada Isnin.

Mohamad berkata, Kementerian Luar melalui Pejabat-pejabat Perwakilan Diplomatik Malaysia (Malawakil) di Bangkok akan terus memantau perkara itu dan sedang berusaha membantu semua mangsa terlibat terutama bagi mempermudah urusan pulang ke tanah air.

Sebelum ini, dilaporkan pesawat SIA penerbangan SQ321 membawa 211 penumpang dan 18 kru itu sedang dalam penerbangan dari London ke Singapura apabila mengalami gelora udara ekstrem di atas Lembangan Irrawaddy pada ketinggian 11,277.6 meter, kira-kira 10 jam sejurus berlepas, pada 21 Mei lepas.

Juruterbang mengisytiharkan kecemasan perubatan dan melencongkan pesawat Boeing 777-300ER itu ke Bangkok dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi pada 3.45 petang waktu tempatan.

Seorang penumpang maut dan ramai lagi cedera dalam insiden itu.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata, kementerian belum menerima sebarang maklum balas mengenai jemaah dari Malaysia diarah meninggalkan Makkah, Arab Saudi susulan tidak memiliki dokumen lengkap mahupun visa haji.

“Malawakil di Riyadh dan Jeddah sentiasa bekerjasama dengan agensi berkaitan, terutama Lembaga Tabung Haji. Kita sentiasa bersedia memberikan bantuan konsular bagi mempermudah pergerakan jemaah Malaysia jika berlaku sebarang perkara luar jangka,” katanya.

Bernama-

Tags: Insiden SIArakyat Malaysiatanah air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rundingan Iran-AS Gagal, Adakah Rakyat Malaysia Sudah Bersedia?

Rundingan Iran-AS Gagal, Adakah Rakyat Malaysia Sudah Bersedia?

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengingatkan rakyat Malaysia agar bersedia menghadapi kemungkinan ketidaktentuan global susulan...

90% Rakyat Malaysia Hanya Guna 100 Liter Petrol Sebulan

90% Rakyat Malaysia Hanya Guna 100 Liter Petrol Sebulan

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Data menunjukkan hampir 90 peratus rakyat Malaysia hanya menggunakan secara purata 100 liter petrol sebulan. Ia bermakna...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd