• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gunung Ibu Di Indonesia Meletus

oleh Mohd Arshad
13/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Gunung Ibu Di Indonesia Meletus
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA : Gunung berapi Ibu di Indonesia meletus hari ini dan memuntahkan asap tebal berwarna kelabu beberapa kilometer ke langit, kata agensi geologi negara itu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Gunung berapi di pulau terpencil Halmahera itu meletus pada jam 9.12 pagi (waktu tempatan) selama kira-kira lima minit dan menerbangkan abu ke langit setinggi lima kilometer.

Letusan yang lebih kecil turut direkodkan Jumaat lalu.

Ketua Pusat Gunung Berapi dan Mitigasi Geologi Bahaya Indonesia, Hendra Gunawan dalam satu kenyataan, berkata status amaran gunung berapi itu kekal pada tahap kedua tertinggi.

Katanya, semua aktiviti dalam radius lima kilometer dari gunung berapi itu dilarang.

“Sekiranya hujan abu, kami mengesyorkan orang ramai yang berada berhampiran gunung berapi itu memakai topeng dan cermin mata,” kata Hendra.

Rakaman letusan yang dikongsi oleh pusat itu menunjukkan awan abu kelabu berkepul keluar dari kawah dan bunyi letupan juga kedengaran.

Setakat ini, tiada pemindahan penduduk dilaporkan.

Indonesia terletak di Lingkaran Api Pasifik dan mempunyai 127 gunung berapi aktif.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini gunung berapi Ruang di Sulawesi Utara meletus dan memuntahkan lava ketika kilat memancar dari kawahnya.

Letusan itu mendorong pihak berkuasa memindahkan lebih 12,000 orang yang tinggal di pulau berdekatan.

Disember lalu, lebih 20 orang terbunuh selepas gunung berapi Marapi, antara gunung berapi paling aktif di Sumatera, meletus dan mengeluarkan abu setinggi tiga kilometer.

-Berita Harian

Tags: Gunung IbuIndonesia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd