• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9 Rakyat Malaysia Cedera, Seorang Kritikal Insiden Pesawat SIA Alami Gelora Udara Ekstrem

oleh Mohd Arshad
22/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
9 Rakyat Malaysia Cedera, Seorang Kritikal Insiden Pesawat SIA Alami Gelora Udara Ekstrem
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Sembilan daripada 16 rakyat Malaysia yang menaiki pesawat Singapore Airlines (SIA) dalam penerbangan dari London ke Singapura, dilaporkan cedera dalam insiden gelora udara ekstrem semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mereka termasuk seorang anak kapal sedang dirawat di dua hospital selepas penerbangan SQ321 itu mendarat cemas di Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok, Thailand.

Wisma Putra menerusi satu kenyataan hari ini, memaklumkan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok sedang giat menyelaras dengan pihak berkuasa tempatan dan hospital selain menghulurkan bantuan konsular kepada sembilan penumpang terbabit.

“Pada masa ini, enam rakyat Malaysia dirawat di Hospital Samitivej Srinakarin dan tiga lagi di Hospital Samitivej Sukhumvit. Semua mangsa alami kecederaan fizikal dan dalaman dengan seorang mengalami kecederaan kritikal, tetapi dalam keadaan stabil.

“Mereka berada di bawah pengawasan di wad secara berasingan dan sedang menunggu laporan perubatan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Luar turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga penumpang yang meninggal dunia dan mendoakan supaya semua mangsa yang cedera cepat sembuh.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok di Kronos Sathorn Tower Level 17, 46 North Sathorn Road, Silom Bang Rak, Bangkok.

Mereka juga boleh menghubungi talian +66-2340-5731/5732 (waktu pejabat) atau +66-87-028-4659 (selepas waktu pejabat).

Terdahulu, Ketua Pengarah Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Kittipong Kittikachorn, berkata kematian dalam kejadian itu membabitkan seorang lelaki warga British berusia 73 tahun.

SIA memaklumkan, penerbangan mengalami gelora angin ekstrem secara tiba-tiba di atas Lembangan Irrawaddy pada ketinggian 37,000 kaki, kira-kira 10 jam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Heathrow.

Ia memaksa juruterbang mengisytiharkan kecemasan perubatan dan melencongkan pesawat Boeing 777-300ER itu ke Bangkok.

-Berita Harian

Tags: Gelora Udara Ekstremrakyat MalaysiaSIA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming menyeru semua ahli parti agar terus teguh dengan komitmen kepada...

Rundingan Iran-AS Gagal, Adakah Rakyat Malaysia Sudah Bersedia?

Rundingan Iran-AS Gagal, Adakah Rakyat Malaysia Sudah Bersedia?

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengingatkan rakyat Malaysia agar bersedia menghadapi kemungkinan ketidaktentuan global susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd