• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permohonan Tengku Zafrul Jadi Pencelah Dalam Kes Titah Adendum Didengar 2 Mei

oleh Mohd Arshad
30/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Permohonan Tengku Zafrul Jadi Pencelah Dalam Kes Titah Adendum Didengar 2 Mei
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Permohonan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, untuk menjadi pencelah dalam kes kebenaran semakan kehakiman difailkan Datuk Seri Najib Razak bagi mencabar kewujudan Titah Adendum atau tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16, akan didengar Mahkamah Tinggi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Titah Adendum berkenaan adalah supaya bekas Perdana Menteri itu menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

Tengku Zafrul memohon menjadi pencelah supaya beliau dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi untuk memfailkan afidavit bagi membetulkan dakwaan kesilapan fakta dalam afidavit Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyokong semakan kehakiman Najib.

Ketika dihubungi media hari ini, peguam Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee mengesahkan Hakim Datuk Amarjeet Singh menetapkan jam 2.30 petang pada 2 Mei ini untuk mendengar permohonan berkenaan.

Menurut Muhammad Farhan, pihaknya dimaklumkan oleh mahkamah melalui e-mel semalam berhubung tarikh pendengaran terbabit.

Media sebelum ini melaporkan ‘saksi kritikal’ yang mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum itu, disahkan ialah Ahmad Zahid.

Melalui surat dihantar kepada Setiausaha Amarjeet, pihak pembelaan Tengku Zafrul berkata, afidavit diikrarkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu adalah untuk menangani secara khusus pengataan terkandung dalam Afidavit Tambahan No 3 yang diikrarkan oleh Timbalan Perdana Menteri berkenaan pada 9 April lalu.

Menurutnya, ia berikutan terdapat fakta didakwa tidak tepat yang perlu diperbetulkan menurut bidang kuasa sedia ada mahkamah dan Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012.

Ia berkata, pihaknya diarahkan Tengku Zafrul untuk menyatakan bahawa anak guamnya tidak mengambil pendirian dalam merit pertikaian antara pihak-pihak (dalam isu berbangkit).

Katanya, anak guam hanya ingin memastikan fakta dikemukakan dengan tepat di hadapan mahkamah secara neutral.

Sementara itu, permohonan kebenaran semakan kehakiman Najib pula akan diputuskan pada 5 Jun ini.

Dalam permohonan itu, Najib menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu memohon perintah supaya kesemua responden atau seorang daripada mereka diarah untuk menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum bertarikh 29 Januari 2024.

Najib juga memohon perintah jika titah itu wujud, maka kesemua responden atau seorang daripada mereka perlu melaksanakannya dan dengan serta-merta memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.

-Harian Metro

Tags: Kes Titah AdendumPencelahtengku zafrul
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Chegu Bard Didakwa Keluarkan Penerbitan Menghasut Isu Kasino

Next Post

Nestle Malaysia Dijangka Buat Pelarasan Harga Produk Mulai Jun

Related Posts

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

06/05/2025
0

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz masih lagi menjadi calon tunggal bagi jawatan presiden pada...

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

Next Post
Nestle Malaysia Dijangka Buat Pelarasan Harga Produk Mulai Jun

Nestle Malaysia Dijangka Buat Pelarasan Harga Produk Mulai Jun

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd