Sunday, April 21, 2024

Creating liberating content

Insiden Maki Polis: Keith...

SEBAGAIMANA diketahui umum, Keith Foo telah diarahkan membayar denda sebanyak RM100 kerana memaki seorang...

Wong Janji Tingkatkan Infrastruktur...

KUALA LUMPUR — Usaha menyelesaikan masalah infrastruktur ialah antara tumpuan calon Pakatan Harapan...

“Hospital Sultanah Aminah Antara...

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah (HSA) antara hospital terbaik di Malaysia, kata...

Xavier Kekal Pendirian Keluar...

BANTING - Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar kekal dengan pendiriannya...

Warga Emas Dituduh Bunuh Abang, Kakak Ipar Guna Sabit Sawit

Manjung: Lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan membunuh abang dan kakak iparnya menggunakan sabit pengait sawit, minggu lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Chee Kooi Heng, 63, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Mengikut pertuduhan, pekebun sawit itu dituduh dengan niat membunuh Chee Khoi Sia, 74, dan Koh Eng Lai, 70, di dalam ladang sawit Lot 3332 Mukim Pengkalan Baharu, dekat Pantai Remis, di sini, antara 3 petang hingga 3.30 petang, 5 Mac lalu.


Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hairol Jemain, manakala tertuduh diwakili peguam, CC Keong.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah dilaporkan berkata, pergaduhan kerana berebut harta dipercayai menjadi punca lelaki warga emas terbabit sanggup membunuh abang dan kakak iparnya menggunakan sabit pengait sawit.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori