• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunku Mahkota Ismail Kurnia Darjah Kebesaran

oleh Mohd Arshad
23/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kanak-kanak Perempuan Maut Tercampak
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran dan Majlis Kurniaan Darjah Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor, di Istana Bukit Serene di sini hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook Tunku Mahkota Ismail, dengan beberapa foto mengenainya turut dikongsi di platform media sosial itu.

Baginda turut mengurniakan darjah kepada beberapa penerima didahului suami Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim, iaitu Datuk Dennis Muhammad Abdullah, yang dikurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ), yang membawa gelaran Datuk.

Tiga individu lain dianugerahkan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang juga membawa gelaran Datuk, iaitu Juruterbang Peribadi Sultan Johor Mejar (B) Datuk Roslee Mardofee; Panglima 7 Briged Brigedier Jeneral Datuk Mohamad Suria Mohamad Saad dan Pengurus Besar Mados’s Sdn Bhd, Datuk Ong Eng Leong.

Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ) pula diberikan kepada Pegawai Daerah Segamat, Mohd Masni Wakiman; Pegawai Daerah Kulai, Fizwan Mohd Rashidi dan Pegawai Daerah Tangkak Mohd Farid Kassim.

Turut hadir pada majlis itu, Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi; Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli dan Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani.

Bernama-

Tags: darjah kebesarankurniaTunku Mahkota Ismail
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kanak-kanak Perempuan Maut Tercampak

Next Post

Cuaca Panas: KKM Nasihat Aktiviti Luar Kelas Ditangguhkan Sementara

Related Posts

‘Sekarang Bukan Musim Pilihan Raya, Tumpu Khidmat Kepada Rakyat’ – Tunku Mahkota Ismail

‘Sekarang Bukan Musim Pilihan Raya, Tumpu Khidmat Kepada Rakyat’ – Tunku Mahkota Ismail

16/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengingatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bahawa ketika ini bukan musim...

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

24/02/2025
2

•⁠  ⁠Kerajaan menyediakan RM30 juta, termasuk RM15 juta dari pihak swasta, untuk pembangunan Harimau Malaya di semua peringkat dan kejohanan...

Next Post
Tunku Mahkota Ismail Kurnia Darjah Kebesaran

Cuaca Panas: KKM Nasihat Aktiviti Luar Kelas Ditangguhkan Sementara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd