Wednesday, April 24, 2024

Creating liberating content

Bekas Timbalan Setiausaha Bahagian...

PUTRAJAYA - Seorang bekas timbalan setiausaha bahagian sebuah kementerian yang ditahan bagi membantu...

Kenyataan Daim Tidak Tepat,...

JOHOR BAHRU - Kenyataan bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin...

Ayuh Bangkit Bersama, Sokong...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

40 Kes Tangkapan Mercun,...

IPOH - Polis Perak merampas mercun dan bunga api bernilai RM39,200 sepanjang Ramadan...

Kanak-kanak Perempuan Maut Tercampak

NILAI – Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun lapan bulan maut dipercayai tercampak dari kenderaan dinaikinya selepas terbabit kemalangan di Kilometer 283 Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan pada Khamis.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, kejadian pada jam 10.15 pagi itu membabitkan dua kenderaan iaitu jenis Perodua Bezza dipandu seorang lelaki bersama empat penumpang dan sebuah kenderaan serbaguna jenis Toyota Alphard dipandu lelaki berusia 24 tahun bersama empat penumpang.

“Hasil siasatan awal di lokasi mendapati, semasa kejadian pemandu Toyota Alphard dari Kuala Lumpur menghala Johor Bharu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar pada bahagian belakang kiri Perodua Bezza yang dalam perjalanan dari Kajang ke Melaka.

“Berikutan itu, kereta Bezza berkenaan telah hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ujarnya, akibat kemalangan tersebut, seorang penumpang kereta Perodua Bezza telah tercampak keluar dan mengalami kecederaan parah di kepala.

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

“Kes telah diklasifikasi di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Siasatan lanjut masih diteruskan.


“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Inspektor Muhammad Farid Danial Azli di talian 012-9122198,” katanya.

Sebelum itu, tular di media sosial Facebook, seorang pengguna kenderaan meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian terutamanya papan pemuka kereta untuk menyalurkan maklumat tersebut kepadanya.

“Saya tak boleh nak rungkai macam mana kejadian yang berlaku dalam sekelip mata sedangkan suami saya yang memandu sehabis baik cuba alert (berjaga-jaga) dengan lalu lintas, ajal maut di tangan Tuhan.

“Tapi ikhtiar kami usahakan. Jadi di sini saya meminta baik jasa baik rakan-rakan, sahabat, sesiapa sahaja yang ada terbaca post (hantaran) saya ini.

“Jika ada sebarang bukti, dashcam (papan pemuka) terutamanya, tolong dan tolong hubungi kami untuk bantu kami,” tulisnya.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori