Wednesday, April 24, 2024

Creating liberating content

USIM Jadi Universiti Awam...

NILAI - Pusat Akses Pembelajaran Terbuka Global (GOAL Centre) Universiti Sains Islam Malaysia...

UMNO Disaran Buka Keanggotaan...

UMNO perlu mengkaji semula Perlembagaan parti dan disaran buka keanggotaan kepada kaum lain...

PAN ‘Lembik’ Dan ‘Cair’...

KUALA LUMPUR - Keangkuhan PAS jauh lebih baik berbanding Parti Amanah Negara (PAN)...

MARA Perkenal SPiKE 2.0...

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) memperkenalkan Skim Pinjaman Kontraktor Ekpress 2.0...

Cuaca Panas: KKM Nasihat Aktiviti Luar Kelas Ditangguhkan Sementara

Putrajaya: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menyarankan supaya aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan sementara waktu di lokasi yang berstatus cuaca panas tahap satu, iaitu keadaan suhu maksimum harian melebihi 35 darjah Celcius hingga 37 darjah Celcius.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan berkata sekiranya status cuaca bertukar kepada status ‘gelombang haba’, Kementerian Pendidikan (KPM) boleh mengambil tindakan mengikut Pelan Tindakan Bagi Menangani Gelombang Haba 2016, Pelan Tindakan Pengurusan Risiko Kesihatan Akibat Gelombang Haba 2021 oleh KKM dan Garis Panduan Penutupan Institusi Pendidikan oleh KPM.

“Murid sekolah antara golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat kesan masalah kesihatan akibat pendedahan kepada cuaca panas disebabkan faktor fisiologi dan kurang pengambilan air,” katanya dalam kenyataan di sini.

Status gelombang haba merujuk kepada iaitu suhu maksimum harian melebihi 37 darjah Celcius hingga 40 darjah Celcius.

Menurut Dr Muhammad Radzi pendedahan kepada cuaca panas secara berpanjangan boleh memudaratkan kesihatan terutamanya kepada golongan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas, dan mereka yang menghidap penyakit kronik.


Sehubungan itu, KKM menasihati ibu bapa agar memastikan anak-anak untuk mengambil air secukupnya dan bagi mereka yang berpuasa disaran meminum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka puasa.

Mengikut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) semalam, Perlis mengalami gelombang haba sejak 19 Mac, manakala sebahagian besar negeri Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kota Setar, Kuala Muda, Pendang, Sik, Baling) dan sebahagian negeri Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta) mengalami cuaca panas tahap satu.

MET Malaysia juga menjangkakan cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35 darjah Celcius berlaku di kebanyakan tempat di Semenanjung dan Sabah sehingga April 2024.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori