• Kerajaan menyediakan RM30 juta, termasuk RM15 juta dari pihak swasta, untuk pembangunan Harimau Malaya di semua peringkat dan kejohanan antarabangsa.
• Dana akan digunakan untuk pengurusan FAM, pembangunan pemain pelapis dan pendedahan skuad bawah-23 bagi memastikan pasukan kekal kompetitif.
• Perdana Menteri berharap Pemangku Sultan Johor dan rakyat Malaysia memberi sokongan penuh kepada Harimau Malaya untuk mencapai tahap antarabangsa.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan tersebut akan digunakan bagi meningkatkan program-program pembangunan Harimau Malaya di setiap peringkat selain mempersiapkan pasukan utama agar lebih kompetitif dalam setiap kejohanan antarabangsa yang disertai.
Beliau berharap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail turut akan memberikan sokongan dalam memperkembangkan industri bola sepak ini.
“Pengetahuan Pemangku Sultan Johor yang mendalam mengenai pengurusan bola sepak serta hubungan dengan figura sukan dan kelab bola sepak antarabangsa adalah aset yang tidak ternilai yang dapat digunakan untuk menolong Harimau Malaya dan pasukan pengurusannya,” kata Anwar menerusi sebuah kenyataan media baru-baru ini.
Ternyata… ini mungkin antara langkah paling baik pernah diambil dalam usaha memajukan sukan bola sepak negara.
Di bawah bimbingan Tunku Mahkota Ismail dan kesungguhan kerajaan dalam membantu, diharap mutu dan tahap pencapaian bola sepak akan pergi ke tahap yang jauh lebih baik pada sekarang.
Pelaburan RM30 juta untuk pembangunan bola sepak Malaysia boleh menjadi langkah yang baik jika ia diuruskan dengan berkesan dan memberi impak positif kepada ekosistem bola sepak negara.
Beberapa faktor utama yang menentukan keberkesanan peruntukan ini termasuk:
Kelebihan:
1. Meningkatkan Infrastruktur – Dana boleh digunakan untuk menaik taraf stadium, pusat latihan, dan fasiliti bola sepak di seluruh negara.
2. Pembangunan Bakat Muda – Boleh membantu akademi bola sepak, program pembangunan remaja, dan pencarian bakat baharu.
3. Meningkatkan Prestasi Pasukan Kebangsaan – Jika digunakan untuk latihan berkualiti, jurulatih berkaliber, dan pendedahan antarabangsa, ia boleh meningkatkan mutu permainan Harimau Malaya.
4. Menjana Ekonomi Sukan – Industri bola sepak boleh membuka peluang pekerjaan, menarik pelaburan, dan meningkatkan ekonomi sukan di Malaysia.
Cabaran dan Risiko:
Kebergantungan pada Kerajaan – Jika pembangunan bola sepak terlalu bergantung kepada dana kerajaan tanpa pelan penjanaan pendapatan sendiri, ia boleh menjadi masalah jangka panjang.
Jika peruntukan ini disertai dengan pelan pembangunan yang jelas, ketelusan dalam pengagihan dana, serta fokus kepada pembangunan akar umbi, ia boleh menjadi pelaburan berbaloi untuk masa depan bola sepak Malaysia.
Apa pendapat anda
—Adakah langkah ini cukup untuk mengubah landskap bola sepak negara?
-Mynewshub