• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Letupan Bom Di India

oleh Mohd Arshad
02/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Letupan Bom Di India
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia terbabit insiden letupan bom yang mencederakan lapan orang di sebuah kafe di hab teknologi di Bengaluru, India, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Wisma Putra menerusi kenyataan hari ini berkata, menurut pihak berkuasa tempatan tiada rakyat negara ini, khususnya pelajar terjejas insiden itu.

Menurutnya, ketika kejadian pelajar dilaporkan sedang menghadiri kuliah di kampus.

“Dalam konteks ini, semua rakyat Malaysia di Bengaluru digesa untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini, mengambil langkah berjaga-jaga, mematuhi amaran perjalanan daripada pihak berkuasa tempatan.

“Selain itu, elakkan tempat sesak kerana siasatan berkaitan insiden masih berterusan,” kata kenyataan itu.

Media semalam melaporkan, satu letupan di Kafe Rameshwaram di timur bandar berlaku pada tengah hari apabila orang ramai dari pejabat berhampiran kafe terbabit sedang beratur untuk makan tengah hari.

Menurut polis, punca letupan tidak dapat diketahui segera dan pasukan pencegahan bom menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Rakaman video di televisyen menunjukkan tiang di dalam kafe terbabit rosak akibat kesan letupan.

Wisma Putra berkata, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai beralamat Nombor 7 (Old No. 3), 1st Street, Cenotaph Road Teynampet, Chennai atau di talian 00914424334434/35/36 atau e-mel mwchennai@kln.gov.my.

BHonline-

Tags: Indialetupan bomrakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua mendakwa konon terdapat cubaan meraih simpati berhubung isu pembayaran denda RM50 juta yang...

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Salah seorang daripada dua wanita Melayu yang tular menerusi rakaman video mengikuti latihan Yoga di India tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd