• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sungai Golok Kering, Jalan Kaki Sahaja Ke Thailand

oleh AK-47
24/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Sungai Golok Kering, Jalan Kaki Sahaja Ke Thailand
Share on FacebookShare on Twitter

RANTAU PANJANG – Musim kemarau ketika ini menyebabkan Sungai Golok yang menjadi pemisah antara Malaysia-Thailand di Kelantan mulai kering.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tinjauan Sinar Harian mendapati paras air sungai itu mulai kering sejak dua minggu lalu akibat kemarau sekali gus menyaksikan beting pasir mulai timbul.

Antara kawasan terlibat ialah Kampung Chabang Tiga Bagus, Lubok Gong, Lubok Stol dan sekitar Bukit Lata.

Situasi itu menyebabkan penduduk setempat hanya perlu berjalan kaki untuk ke Thailand berbanding menggunakan bot sebelum ini.

Seorang penduduk, Muhammad Zailani Che Awang, 48, berkata, paras air Sungai Golok dilihat surut sejak dua minggu lalu apabila beting pasir mulai timbu.

“Ini merupakan perkara biasa setiap kali tibanya musim kemarau panjang apabila paras air Sungai Golok menurun dari 5 kepada 3.68 meter.

“Namun kali ini, air sungai kering ketika umat Islam menyambut Ramadan,” katanya kepada pemberita pada Ahad.

Menurut beliau, situasi itu menyebabkan pesta bermain air Sungai Golok tidak dapat dilakukan pada tahun ini.

Ujarnya, jika hari biasa kawasan tersebut menjadi tarikan orang ramai yang mengambil kesempatan bermain air disebabkan ia cetek.

Seorang lagi penduduk Nasran Nasuha, 26, berkata, jika cuaca panas berterusan berkemungkinan lebih banyak lagi kawasan akan menjadi kering.

Menurut dia, ketika ini beting pasir di dasar sungai sudah dapat dilihat secara melalui mata kasar.

“Bagaimanapun, saya harap kemarau ini tidak berpanjang,” katanya.

Bagi Mat Lazim, 60, keadaan itu sebenarnya boleh menyebabkan sempadan negara mudah dibolosi.

Menurut dia, melihat keadaan sekarang orang ramai hanya berjalan kaki sahaja tanpa perlu menaiki bot.

“Ini memudahkan aktiviti penyeludupan dilakukan.

Bagaimanapun kehadiran pihak berkuasa dapat membanteras aktiviti tersebut,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Sungai Golok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Paras Air Sungai Golok Makin Cetek, Polis Tingkat Kawalan Elak Penyeludupan

Paras Air Sungai Golok Makin Cetek, Polis Tingkat Kawalan Elak Penyeludupan

28/02/2026
0

RANTAU PANJANG: Polis Kelantan mempertingkatkan kawalan di sempadan bagi mengekang kegiatan penyeludupan berikutan paras air Sungai Golok semakin cetek menyebabkan...

Empat Lelaki Rentas Sempadan Di Sungai Golok, Seorang Ditahan

Empat Lelaki Rentas Sempadan Di Sungai Golok, Seorang Ditahan

01/03/2025
0

JELI – Cubaan empat lelaki dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan untuk merentas ke Thailand gagal apabila anggota Tentera Darat Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd