• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Paras Air Sungai Golok Makin Cetek, Polis Tingkat Kawalan Elak Penyeludupan

oleh Mohd Arshad
28/02/2026
dalam Terkini
0
Paras Air Sungai Golok Makin Cetek, Polis Tingkat Kawalan Elak Penyeludupan
Share on FacebookShare on Twitter

RANTAU PANJANG: Polis Kelantan mempertingkatkan kawalan di sempadan bagi mengekang kegiatan penyeludupan berikutan paras air Sungai Golok semakin cetek menyebabkan lebih mudah menyeberangi sungai.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata pihaknya sentiasa memantau perkembangan paras air Sungai Golok.

Beliau berkata, sebelum ini beliau dimaklumkan kawasan yang cetek membabitkan di Tanah Merah sehingga ada penduduk mengambil kesempatan turun bermain.

“Namun kini kawasan Rantau Panjang juga ada yang cetek dan menampakkan beting pasir. Kita sentiasa memantau perkembangan ini dari semasa ke semasa.

“Malah, kawalan di sempadan juga sentiasa dipertingkatkan bagi mengekang sebarang kegiatan penyeludupan atau rentas sempadan yang lebih mudah memandangkan keadaan air yang semakin cetek.

“Air cetek atau tidak kita sentiasa perketat kawalan, justeru jangan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, media melaporkan, cuaca panas menyebabkan paras air di beberapa sungai utama di Kelantan berada di bawah paras normal.

Menurut portal publicinfobanjir.water.gov.my, antara sungai yang berada di paras normal adalah Sungai Golok di di Rantau Panjang iaitu dengan bacaan 3.56 meter (m) berbanding normal 5m.

Sungai lain yang berada di bawah paras normal adalah Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah dengan bacaan 18.57m berbanding normal 19m, Empangan Bukit Kwong, Rantau Panjang (16.02m), Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Kota Bharu (-0.4m, paras normal 1m).

BHonline-

Tags: cetekkawalan penyeludupanSungai Golok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Empat Lelaki Rentas Sempadan Di Sungai Golok, Seorang Ditahan

Empat Lelaki Rentas Sempadan Di Sungai Golok, Seorang Ditahan

01/03/2025
0

JELI – Cubaan empat lelaki dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan untuk merentas ke Thailand gagal apabila anggota Tentera Darat Malaysia...

Rakyat Malaysia Ditahan Bersama Dadah Bernilai RM120,000 Di Sungai Golok

Rakyat Malaysia Ditahan Bersama Dadah Bernilai RM120,000 Di Sungai Golok

05/01/2025
0

Sungai Golok : Selepas hampir dua bulan enam rakyat Malaysia termasuk penyanyi dikir barat ditahan, polis Thailand menahan seorang lagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd