• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Indonesia Bantah Keputusan Pilihan Raya, Dakwa Ada Penipuan

oleh Mohd Arshad
19/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Warga Asing Dominasi Bekalan Sayur: Perlu Tindakan Menyeluruh
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Pilihan Raya Indonesia (Pilpres) sudah berakhir, namun muncul pula bantahan menentang keputusan tidak rasmi yang dilihat ‘seperti tidak berkesudahan’.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bahkan, anggota polis dikerahkan ke Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) demi memastikan bantahan yang diadakan di sana tidak bertukar ganas.

Ramai penunjuk perasaan menggesa agar suruhanjaya tersebut menghalang calon Presiden Prabowo Subianto daripada menggalas tanggungjawab sebagai ketua negara negara yang seterusnya.

Mereka mendakwa terdapat penipuan pilihan raya yang dilakukan secara besar-besaran.

KPU dijangka mengumumkan keputusan rasmi Pilihan Raya Presiden pada Rabu (hari ini).

Pengiraan undi pantas yang dijalankan oleh kumpulan kaji selidik bebas dan badan pemikir telah menunjukkan bahawa Prabowo, seorang veteran tentera yang kontroversi, mempunyai kelebihan besar ke atas lawannya, bekas gabenor Jakarta Anies Baswedan dan bekas Gabenor Jawa Tengah Ganjar Pranowo.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan bahawa Prabowo memperoleh kira-kira 58 peratus undi semasa pilihan raya pada 14 Februari lalu manakala Anies memenangi kira-kira 25 peratus undi dan Ganjar Pranowo hanya meraih kira-kira 17 peratus undian.

Pemerhati berkata, dakwaan penyelewengan dalam proses pilihan raya dijangka mencetuskan cabaran terhadap keputusan yang diumumkan nanti.

Presiden Indonesia, Joko Widodo juga dituduh campur tangan dalam pilihan raya berkenaan, selain menunjukkan sokongannya terhadap Prabowo, yang bertanding di samping anak lelaki sulung beliau, Gibran Rakabuming Raka.

“Kami mendapati pelbagai tipu helah dilakukan sebelum, semasa dan selepas pilihan raya. Rentetan penipuan ini seolah-seolah sudah dirancang secara rapi sejak dahulu lagi.

“Maka itu kami berasa bahawa pilihan raya ini dijalankan secara tidak wajar dan merupakan yang paling teruk setakat ini. Kami mungkin akan terus membantah penipuan-penipuan sebegini walaupun selepas 20 Mac,” kata jurucakap satu gabungan kumpulan-kumpulan yang mengemukakan petisyen, Marlin Bato.

SinarHarian-

Tags: keputusanPenipuanPilihan RayaRakyat Indonesia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

GPS Tiada Kaitan Kempen PH Di Johor, Kehadiran Menteri Pelancongan Kapasiti Peribadi

GPS Tiada Kaitan Kempen PH Di Johor, Kehadiran Menteri Pelancongan Kapasiti Peribadi

16/06/2026
0

KUCHING – Kehadiran Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dalam kempen pilihan raya di Johor tidak...

PM Anwar Minta Bangsa Johor Pertahan Politik Harapan, Tolak Politik Lama Penuh Kebencian

PM Anwar Minta Bangsa Johor Pertahan Politik Harapan, Tolak Politik Lama Penuh Kebencian

16/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Bangsa Johor mempertahankan politik harapan yang menyatukan serta mencambah kasih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd