Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Penyewa PPR, Perumahan Awam...

KUALA LUMPUR - Seramai 40,000 penyewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan...

Nicol Mara Ke Suku...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol...

Jamal Abdillah Minta Penyokong...

RAJA pop negara, Datuk Jamal Abdillah menyeru para peminatnya untuk terus menyokong dan...

Penduduk Mahu Jamilah Teruskan...

LUNDU - Semakin banyak pembangunan akan dapat dibawa ke kawasan Dewan Undangan Negeri...

MPBP Batal Lesen Operasi Syarikat Edar Stoking Kalimah Allah

Batu Pahat: Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) membatalkan lesen operasi syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd yang terpalit dengan kontroversi membabitkan pengedaran stoking tertera kalimah Allah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tindakan diambil MPBP itu selaras dengan peruntukan Undang-Undang Kecil 13 (2) dan Undang-Undang Kecil 49 (2), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPBP) 2016.

Pihak berkuasa tempatan itu dalam kenyataan memaklumkan, ia dilakukan selepas syarikat terbabit didapati melanggar syarat aktiviti lesen perniagaan yang diluluskan iaitu stor dan pengedar kasut.

Notis itu diserahkan oleh Yang Dipertua MPBP, Ezahar Abu Sairin kepada Pengarah Urusannya, Soh Hui San di Menara MPBP, Jalan Rugayah di sini, semalam.

Semalam, kilang terletak di kawasan perindustrian Sri Gading di sini, menutup operasi melalui satu memo yang ditampal pada kain rentang di pagar premis itu.

Ia sehari selepas kilang terbabit diserbu polis yang menemukan lima pasang stoking dengan kalimah Allah di dalam premis terbabit.


Kilang yang beroperasi sekian sejak lama itu terbabit dalam aktiviti pembungkusan dan pengedaran stoking yang diimport dari China terutama kepada kedai serbaneka KK Super Mart.

Tindakan itu menyebabkan pelbagai pihak bangkit dan menuntut pengurusan kilang serta kedai serbaneka itu memohon maaf.

Disebabkan isu terbabit, Kerajaan Johor menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Bersepadu Negeri bagi pemantauan dan penguatkuasaan secara menyeluruh isu persendaan agama Islam termasuk kalimah Allah.

Pada masa sama, satu garis panduan khas dirangka bagi menggariskan bagaimana perniagaan di negeri ini perlu dijalankan dalam suasana mesra agama serta tidak menyentuh sensitiviti masyarakat.

Pada 13 Mac lalu, tular di media sosial stoking kalimah Allah yang dijual di KK Super Mart, Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna, menyebabkan kemarahan umat Islam negara ini.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori