KUALA LUMPUR – PMX AI yang dilancarkan pada Julai lalu dibangunkan oleh syarikat teknologi Zetrix AI di bawah platform Avatar.inc dan salah satu inisiatif yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Memetik laporan media arus perdana ketika itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
secara rasmi meluncurkan avatar atau kembar digital tersendiri tersebut.
Ketika itu PMX AI dilaporkan sebagai inisiatif terbaharu bagi membolehkan pengguna bertanyakan pelbagai persoalan, di samping berkongsikan pandangan, kebimbangan serta aspirasi secara terus kepada kembar digital berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp.
Sistem kecerdasan buatan (AI) tersebut dilatih secara khusus menggunakan pelbagai dokumen tulisan, teks ucapan, dan rekod dasar kerajaan yang telah diperkenalkan sepanjang tempoh pemerintahan Anwar.
Menurut laporan media arus perdana, ia bagi memastikan maklum balas yang diberikan sentiasa tepat, PMX AI akan terus dilatih dengan kemas kini data serta kenyataan rasmi terbaharu dari masa ke masa.
Langkah pengenalan teknologi tersebut disifatkan sebagai usaha untuk memodenkan tadbir urus negara, selain memastikan kepimpinan kerajaan menjadi lebih terbuka dan mudah diakses oleh seluruh masyarakat.
Bagaimanapun, PMX AI didapati oleh orang ramai telah diturunkan tidak sampai sehari selepas ia dilancarkan apabila pengguna berkongsi respons chatbot yang luar daripada tujuan asalnya.
“Kami masih mengusahakannya. Saya cuma (baru) mencubanya,” kata Perdana Menteri secara ringkas kepada pemberita pada 28 Julai 2026.
Perkembangan terkini setakat 3 Oktober 2026 menunjukkan PMX AI masih belum kembali beroperasi, malah statusnya kini lebih tidak jelas berbanding ketika ia mula ditutup pada Julai. – MYNEWSHUB


