• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anthony Loke Perlu Jelaskan Isu Kontrak RM178.29 Juta Syarikat Adik Azam Baki

oleh Mynewshub
22/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Anthony Loke Perlu Jelaskan Isu Kontrak  RM178.29 Juta Syarikat Adik Azam Baki
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook perlu memberi penjelasan berhubung dakwaan penganugerahan kontrak bernilai RM178.29 juta kepada syarikat yang dikaitkan dengan adik Tan Sri Azam Baki.

Timbalan Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Mike Chong Yew Chuan berkata, laporan media yang mendakwa syarikat milik Datuk Nasir Baki dianugerahkan kontrak bernilai kira-kira RM178 juta bagi sistem Permit Masuk Kenderaan (VEP) dan pembayaran tol menimbulkan kebimbangan yang serius.

“Isu ini bukan lagi sekadar soal perolehan kerajaan, malah melibatkan secara langsung integriti, kredibiliti dan komitmen kerajaan terhadap ketelusan.

“Selain keupayaan syarikat tersebut melaksanakan projek berkenaan, rakyat berhak mengetahui sama ada proses perolehan itu dijalankan secara adil, terbuka dan telus,” katanya dalam satu kenyataan di muat naik di media sosial.

Mike Chong menegaskan, Anthony Loke perlu tampil menjawab adakah kontrak bernilai RM178 juta itu diberikan melalui tender terbuka dan berapakah jumlah syarikat yang menyertai proses bidaan kontrak tersebut.

Kata beliau, soalan lain yang perlu dijawab Setiausaha Agung DAP tersebut apakah kriteria pemilihan yang digunakan dan siapakah yang menilai dan meluluskan penganugerahan kontrak tersebut.

“Jika tiada tender terbuka, apakah prosedur perolehan yang digunakan?,” katanya.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan DAP ketika pembangkang ‘memperjuangkan’ sistem tender terbuka, tadbir urus yang telus dan penolakan terhadap sebarang konflik kepentingan.

Tambah beliau, rakyat juga masih mengingati Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pemimpin DAP pernah menuntut peletakan jawatan Azam susulan kontroversi melibatkan akaun dagangan saham beliau.

“Kerajaan juga perlu menjelaskan status siasatan yang sebelum ini diumumkan berhubung dakwaan kewujudan ‘mafia korporat’ serta kontroversi pegangan saham Tan Sri Azam Baki.

“Adakah siasatan tersebut telah selesai? Jika sudah, mengapa hasil siasatan itu masih belum didedahkan kepada umum?,” katanya.

Semalam Azam yang merupakan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan beliau tidak mempunyai kaitan dengan penganugerahan kontrak bernilai RM178.29 juta kepada syarikat yang dikaitkan dengan adiknya.

Menurut Azam, beliau tidak mengetahui apa-apa mengenai perkara tersebut. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial MCA

Tags: Adik Tan Sri Azam BakiAnthony Loke Siew FookDAPDatuk Seri Anwar IbrahimjawapanKontrak VEPMenteri PengangkutanMike Chong Yew Chuanpakatan harapanpenjelasanPerdana MenteriPHRM178.29 JutasyarikatTimbalan Ketua Pemuda MCA Kebangsaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Manifesto Hanya Janji Atas Kertas Jika Tidak Mampu Dilaksana – PKR

Manifesto Hanya Janji Atas Kertas Jika Tidak Mampu Dilaksana – PKR

22/07/2026
0

SEREMBAN - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Fuziah Salleh mengingatkan pengundi Negeri Sembilan bahawa manifesto hanyalah janji di...

PH Boleh Serang Kerajaan BN, Tapi BN Tak Boleh Serang Kerajaan PH?

PH Boleh Serang Kerajaan BN, Tapi BN Tak Boleh Serang Kerajaan PH?

22/07/2026
0

SEREMBAN – Penasihat MCA Terengganu, Chew Sir Boon mempersoalkan hipokrasi Pakatan Harapan (PH) dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd