Wednesday, April 24, 2024

Creating liberating content

Dua Pelajar Kolej Universiti...

KUALA LUMPUR — Dua pelajar lelaki jurusan diploma tahun akhir sebuah kolej universiti...

Insentif Perlu Diberi Kepada...

BAGAN SERAI - Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional diminta memberikan insentif dalam...

Memalukan….Menteri Mengaku Tak Baca...

PARIS –Seorang menteri wanita Perancis, Fleur Pellerin mengejutkan penduduk di negara berkenaan selepas...

Polis Pantau Pelajar Sekolah...

KUALA NERANG - Polis sentiasa memantau pelajar sekolah yang terbabit dalam kegiatan dadah...

LHDN Anjur Program Mahabbah Ramadan

Cyberjaya, 27 Mac 2024 – Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) meneruskan tradisi tahunan dengan merebut peluang menyantuni seramai 175 anak yatim dan golongan asnaf dalam satu Program Mahabbah Ramadan HASiL 2024 bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.

Majlis ini telah dianjurkan bagi meraikan golongan yang kurang bernasib baik dengan menghulurkan sedikit sumbangan bagi membantu mereka membuat persiapan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah bin Azizan, Menteri Kewangan II dengan menyampaikan sumbangan daripada HASiL berjumlah RM1,000.00 setiap keluarga kepada sepuluh (10) keluarga asnaf yang terpilih serta RM5,000.00 kepada setiap rumah kebajikan anak-anak yatim.

Turut hadir bagi meraikan anak-anak yatim dan keluarga asnaf ini ialah YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharan, YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq bin Jamaluddin, KPE HASiL, Ahli-ahli Lembaga Pengarah HASiL, Timbalan timbalan Ketua Pegawai Eksekutif HASiL dan Team HASiL.

Maklumat penerima sumbangan adalah seperti yang berikut:

A. Penerima sumbangan keluarga asnaf:

1. Encik Jasper Eric bin Jim
2. Puan Aizalina binti Ahmad
3. Puan Nurliza binti Mohd Noor
4. Puan Radzraleyna binti Ramlan
5. Puan Siti Aisyah Kaw binti Abdullah
6. Puan Salmah binti Ibrahim
7. Encik Malek Roduan bin Kamaruddin
8. Encik Khairuddin bin Abd Rahman
9. Encik Mohd Zaini bin Yah
10.Encik Diwan bin Suppaiyah

B. Penerima sumbangan rumah kebajikan anak-anak yatim:

1. Pertubuhan Rumah Anak Yatim dan Asnaf Kampung Sijangkang
2. Persatuan Sokongan Ibu dan Anak Kurang Upaya Azwar Kuala Lumpur dan Selangor (PSIAKU AZWAR)
3. Pusat Pendidikan dan Kebajikan Al-Firdaus
4. Pertubuhan Kasih Berjiwa (PKB)
5. Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Cahaya Mahkota (RAYCM)


YB MK II dalam ucapannya berkata, kerajaan sentiasa peka terhadap keperluan setiap golongan masyarakat dan berusaha memastikan tiada golongan yang tercicir.

Melalui hasil cukai yang dikutip oleh HASiL akan dibelanjakan semula oleh kerajaan dalam pelbagai bentuk manfaat, kemudahan dan bantuan seperti Program Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Pemberian duit raya turut disampaikan kepada semua anak-anak yatim yang hadir.

HASiL amat berbesar hati pada kali ini kerana dapat bekerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor dalam usaha mengenalpasti keluarga miskin, anak yatim dan golongan asnaf yang memerlukan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Semoga sumbangan yang disampaikan ini dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh para penerima sumbangan.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi kami menerusi:

a) Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/public.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori