• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kalau Tak Bayar Cukai, Geledah Dan Ambil Tindakan – PM

oleh Mohd Arshad
01/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
131
Kalau Tak Bayar Cukai, Geledah Dan Ambil Tindakan – PM
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) perlu terus bersikap tegas dan berani dalam ‘memburu’ pembayar cukai yang culas tanpa menggira kedudukan dan pangkat termasuk dalam kalangan ‘mahakaya’ atau syarikat-syarikat gergasi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Saranan itu diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Hasil ke-28 LHDN pada Jumaat.

Menteri Kewangan itu menambah, agensi berkenaan tidak perlu takut untuk mengambil tindakan termasuk jika perlu menggeledah ke atas mereka yang tidak membayar cukai.

“Supaya jangan ada rasa kerana pengaruh dan kedudukan mereka, terlepas membayar cukai. Ada ke tidak, ada. Ada keperluan lebih tegas, ya.

“Kerana kita tidak boleh bagi gambaran yang atas paling mahakaya itu terselamat daripada tindakan.

“Mesti ada kesungguhan dan keberanian… saudara tidak kira kaitannya dengan kedudukan (pembayar cukai). Saya selalunya sebut, apakah dia Ahmad atau Ah Sin atau (pangkat) tan sri atau tun, saudara tidak kira. Saudara hanya kira dia bayar cukai atau tak, kalau tak bayar geledah dan ambil tindakan, barulah hebat,” kata Perdana Menteri dalam ucapannya pada Jumaat.

Berucap pada majlis sama, Perdana Menteri turut mengimbau sejarah ketika menjawat jawatan dalam Kabinet sebelum ini, yang mana menerima laporan terdapat puluhan syarikat gergasi dalam negara yang sukar membayar cukai.

“…ada yang bayar setengah, ada yang bayar suku. Hal ini kerana mereka itu terlalu besar.. gergasi, naga, siapa berani singgung.

“Tetapi ini saya bicara dengan pimpinan pengurusan jabatan ketika itu, mereka kata kalau ada kesediaan menteri untuk beri laluan, beri kami tempoh beberapa bulan dan mereka laksanakan sebaiknya,” kongsi Anwar.

Perdana Menteri menambah, beliau menghormati sikap berani tersebut yang ditunjukkan oleh pihak pengurusan LHDN ketika ini.

“Mereka pergi secara berani tanpa mengira peringkat bawah, gergasi dan dalam perniagaan. Buat pertama kali, (LHDN) berjaya kutip (cukai daripada kumpulan berkenaan) kerana sikap dan ketegasan kita bersama,” kata beliau.

Perdana Menteri sekali lagi mengulangi pendirian agar negara perlu mengutamakan tatakelola yang baik dan beralih daripada keselesaan dengan ‘mengizinkan’ ketirisan atau membiarkan para pemimpin menggaut kekayaan yang bukan hak mereka.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar semua jentera kerajaan dan penjawat awam bersama-sama menyelamatkan bangsa dan negara dengan menghentikan amalan tersebut.

-Sinar Harian

Tags: CukaiLHDNpm
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengumumkan pelaksanaan mandatori sistem e-Derma bagi urusan permohonan baharu kelulusan...

Rakyat Perlukan PMX Anwar Terus Tadbir Negara – Mohamad Sabu

Rakyat Perlukan PMX Anwar Terus Tadbir Negara – Mohamad Sabu

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia memerlukan kepimpinan yang tenang, stabil dan jelas hala tuju dalam menghadapi dunia yang semakin penuh dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd