• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Buat Pembenihan Awan Tangani Kebakaran Hutan

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Indonesia Buat Pembenihan Awan Tangani Kebakaran Hutan
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA: Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia bersama pihak berkepentingan bersiap sedia melaksanakan strategi pembenihan awan yang dijangka bermula bulan ini bagi menangani kebakaran hutan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Pencegahan Kebakaran Hutan, Thomas Nifinluri, berkata langkah itu bagi menangani kebakaran baru-baru ini selepas musim tengkujuh, khususnya di wilayah Riau.

Tumpuan pihaknya tahun ini ialah mengemas kini pelan pembenihan awan dengan agensi meteorologi, BMKG dan memastikan kesediaan dalam analisis bahan benih, pesawat dan cuaca, katanya dipetik oleh media tempatan, Media Indonesia.

Thomas berkata, Kota Dumai di Riau sudah mengisytiharkan darurat untuk mempercepat usaha tindak balas melalui operasi pembenihan awan dan bantuan tambahan.

Menurut BMKG Pekanbaru, sebanyak 51 titik panas dikesan di wilayah itu, terutama tertumpu di sepanjang pantai timur Sumatera dengan Dumai mencatat jumlah tertinggi.

Agensi Pengurusan Bencana Riau berkata, kebakaran hutan menjejaskan kira-kira 22 hektar di wilayah itu sejak awal Januari hingga 26 Februari lalu.

Pemangku Ketua Pengarah Kawalan Perubahan Iklim Kementerian, Ade Palguna Ruteka, memberi amaran mengenai potensi berulangnya kebakaran di wilayah itu, terutama sejak bulan lalu dan musim kemarau seterusnya pada Jun dan Julai.

“Tindakan segera perlu untuk menyelaraskan operasi pembenihan awan dalam kalangan pihak berkepentingan seperti Badan Penyelidikan dan Inovasi Nasional (BRIN), Angkatan Udara Indonesia, BMKG, dan agensi lain,” katanya.

Bernama-

Tags: IndonesiaKebakaran hutanPembenihan Awan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan dakwaan yang mengaitkan Johor Corporation (JCorp) dengan kejadian kebakaran...

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Agensi pelancongan umrah diminta mengutamakan penerbangan terus menerusi Garuda Indonesia dan Lion Air bagi mengelakkan aliran keluar ekonomi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd