• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Individu Ada Aset, Kekayaan Tidak Setimpal Laporan Cukai Dalam Radar LHDN

oleh AK-47
01/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Individu Ada Aset, Kekayaan Tidak Setimpal Laporan Cukai Dalam Radar LHDN
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Individu yang mempunyai aset dan kekayaan tidak setimpal dengan pelaporan cukai kini berada dalam radar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tegas Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin, pihaknya akan memberi tumpuan penuh kepada isu ketirisan cukai oleh individu terbabit.

“Mereka yang mempunyai pendapatan dari Malaysia dan disimpan di dalam akaun luar negara yang belum dilapor, transaksi rentas sempadan, harga pindahan domestik, aktiviti atas talian dan kes-kes ekonomi bayangan juga tidak terkecuali,” katanya berucap di Majlis Sambutan Hari Hasil 2024 pada Jumaat.

Menurutnya, LHDN berjaya mencapai kutipan cukai tertinggi dalam sejarah iaitu RM184.34 bilion pada tahun lalu.

“Nisbah kutipan tersebut terhadap KDNK ialah sebanyak 9.91 peratus yang juga lebih tinggi daripada kadar nisbah cukai langsung KDNK bagi negara-negara di Asia Pasifik yang dalam lingkungan lapan peratus,” jelas beliau.

Abu Tariq berkata, pegawai dan kakitangan LHDN tidak lupa dan selesa meskipun telah mencapai kejayaan tersebut, sebaliknya terus merangka strategi bagi memastikan sasaran kutipan cukai negara, RM197 billion dicapai pada tahun ini.

“Tumpuan akan diberikan kepada isu ketirisan cukai,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, selepas 28 tahun penubuhan, LHDN telah mencapai pelbagai kejayaan yang cemerlang dari segala aspek pentadbiran percukaian, pembentukan modal insan dan aplikasi teknologi terkini.

“Yang terbaharu, LHDN telah diiktiraf sebagai pemenang anugerah Most Impactful Public Sector Agency Driving Digital Adoption bagi sistem MyTax dan Anugerah Emas bagi Integriti, Governans dan Antirasuah 2023 oleh Insititut Integriti Malaysia,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: asetLaporan CukaiLHDN
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

20/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Pelaksanaan sistem e-Invois yang diperkenalkan kerajaan dilihat mula memberi kesan positif terhadap tahap pematuhan cukai apabila...

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengumumkan pelaksanaan mandatori sistem e-Derma bagi urusan permohonan baharu kelulusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd