• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Didakwa Perdagang Wanita Untuk Eksploitasi Seks

oleh Mohd Arshad
21/03/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Pura-pura Beli Barang Sebelum Larikan Telefon Bimbit Pekerja Kedai Runcit
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU: Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memperdagangkan seorang wanita tempatan bagi tujuan eksploitasi seks.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Mohd Hasfyanizam Mansor, 48, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nazlyza Mohamad Nazri.

Bagaimanapun, rakan tertuduh, Mohamad Fazley Jaafar, 29, yang berdepan pertuduhan sama mengaku bersalah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa secara bersama-sama memperdagangkan seorang wanita tempatan berusia 29 tahun bagi maksud eksploitasi seks.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah apartment di daerah ini, jam 2.35 pagi pada 11 Mac lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 31 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen bagi kes Mohd Hasfyanizam

Kes membabitkan Mohamad Fazley juga ditetapkan pada tarikh sama untuk fakta dan hukuman.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Khairuddin Idris dan Iffah Nabihah Mohd Ishak manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

BHonline-

Tags: Eksploitasi SeksGurupemerdagangan manusiaWanita
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd