Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Bapa Rogol, Rakam Gambar...

IPOH - Seorang nelayan dijatuhi hukuman penjara berjumlah 202 tahun dan 23 sebatan...

Pelajar Antara Ditahan Dalam...

KUBANG PASU - Seorang penuntut sebuah institusi kemahiran di sini antara yang ditahan...

Sasaran 75% Murid OKU...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan menyasarkan 75 peratus murid berkeperluan khas (MBK) di...

Proton Kurangkan Harga Sehingga...

KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd mengumumkan harga baharu model terpilih kenderaannya yang...

Al-Sultan Abdullah Dukacita Laporan Portal Berita Bersifat Fitnah

KUANTAN – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dukacita dan kecewa berhubung laporan sebuah portal berita yang tersasar melaporkan titahnya ketika satu sesi taklimat pembangunan di Maran.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Utama Istana Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya (TUDM) berkata, laporan bertarikh 22 Mac lalu itu adalah bersifat fitnah.

Menurutnya, laporan itu juga boleh memberikan Implikasi negatif sehingga mampu mendorong kepada suasana yang tidak harmoni di dalam masyarakat.

“Tegas baginda, titahnya ketika sesi taklimat pembangunan daerah Maran di Akademi Tani Chenor, Maran itu tidak seperti apa yang dilaporkan portal berita berkenaan.


“Kenyataan baginda itu tidak ditujukan kepada mana-mana parti politik dan bersifat secara umum mengingatkan supaya masjid tempat ibadat buat umat Islam sentiasa dipelihara kesuciannya,” katanya melalui kenyataan pada Ahad.”

Mohamed Zahari berkata, justeru baginda mengingatkan kepada semua pengamal media sama ada media cetak atau media elektronik agar meneliti dan memperhalusi setiap berita sebelum membuat interpretasi yang boleh menyimpang atau tersasar dari maksud sebenar.

“Pada masa sama, etika kewartawanan perlulah dipatuhi pada setiap masa,” ujarnya.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori