Tuesday, May 21, 2024

Creating liberating content

Sudahlah Dana RMT Dipotong,...

KANTOI... Setelah malu terbongkar rahsia peruntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) pada 2019 dipotong...

Kelibat Sanchez Dilihat Di...

BINTANG Arsenal Alexis Sanchez memberi bayangan bahawa dia bersedia berhijrah ke Paris Saint-Germain...

Singapura Haram Filem Palestin...

KONFLIK Israel-Palestin akibat pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai...

Keluarga TGNA Mohon Pulangkan...

ANAK Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Asma' Salsabila mendedahkan di laman...

SNBJ Bakal Jahanam Lagi?

Kuala Lumpur: Sejarah mungkin berulang apabila gelanggang keramat skuad Harimau Malaya iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sekali lagi ‘dihenyak’ untuk digunakan sebagai venue konsert artis ternama iaitu Ed Sheeran.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Konsert berlangsung pada hari ini dan dijangka menarik puluhan ribu peminat artis antarabangsa sekali gus mengundang pertanyaan sejauh mana padang itu boleh bertahan.

Kesan buruk daripada penggunaan venue untuk konsert seakan boleh dibaca berdasarkan kepada persembahan Coldplay 22 November lalu hingga mengganggu perjalanan final Piala Malaysia.

Berdasarkan kepada situasi terkini, pentas bagi konsert itu diletakkan di bahagian tengah dan seperti video dan gambar yang beredar di laman media sosial, pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mencabut sebahagian rumput di tengah padang bagi meletakkan asas kepada pentas tersebut.

Persoalan baharu muncul apabila konsert sudah selesai dan pentas sudah dileraikan, adakah rumput mempunyai masa yang cukup untuk menyatu dengan tanah di bawah menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 menentang Oman 26 Mac ini.

Hal ini kerana, konsert Coldplay meninggalkan kesan yang buruk terhadap permukaan padang dimana ada bahagian yang tercabut dan tidak rata ketika digunakan bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu.


Sebelum ini, PSM pernah dihentam susulan kegagalan menyediakan padang yang terbaik untuk aksi final Piala Malaysia antara JDT dan Terengganu FC (TFC) selepas menganjurkan konsert Coldplay, 22 November lalu.

Selepas penganjuran konsert itu, padang SNBJ menjadi bagaikan ‘kuih seri muka’ apabila padang tidak berada dalam keadaan terbaik sehingga ditegur pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Situasi itu memaksa PSM memohon maaf atas kerosakan padang SNBJ dan mengakui tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membaiki dan mengembalikan padang ke tahap optimum selepas konsert terbabit.

Sementara itu, usaha Arena Metro untuk mendapatkan penjelasan daripada PSM menemui jalan buntu kerana panggilan dan kiriman Whatsapp kepada Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Faidz Sanusi tidak dijawab.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori