• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Saya Pelik… Tak Pernah Berurusan Dengan Kumpulan Dilabel Pengganas’

oleh Mohd Arshad
18/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: “Saya tidak dapat pemakluman terus, cuma dapat tahu daripada rakan-rakan dan salinan surat yang tular,” kata bekas Pengurus Besar Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Datuk Abu Bakar Abdul.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata demikian ketika mengulas namanya antara tiga pemimpin daripada badan bukan kerajaan (NGO) Islam berasingan dari negara ini yang tersenarai dalam Terrorist Screening Centre atau Pusat Pemeriksaan Pengganas (TSC) oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS).

Menurutnya, beliau tidak pasti bagaimana namanya boleh berada dalam senarai berkenaan sedangkan tidak pernah berurusan dengan mana-mana pihak yang dilabelkan sebagai pengganas.

“Saya amat hairan bagaimana nama saya terkait sebab setahu saya memang tidak ada terlibat dengan mana-mana pihak, individu atau kumpulan yang dianggap sebagai pengganas sama ada di dalam atau di luar negara.

“Saya juga tidak pernah menaja, atau memberi sebarang bentuk bantuan atau sokongan kepada kumpulan seperti itu. Saya sangat pelik,” katanya kepada BH, hari ini.

Sehubungan itu, katanya beliau akan meminta pihak Kementerian Luar untuk memberikan maklumat lebih lengkap bagaimana namanya boleh tersenarai dalam senarai pemerhatian FBI berkenaan.

Dalam pada itu, katanya beliau juga tidak mendapat sebarang makluman terus mengenai penyenaraian namanya itu dalam senarai TSC berkenaan, sebaliknya hanya mengetahui perkara itu daripada rakan-rakan selain ada yang menghantar salinan surat terbabit.

BH semalam melaporkan tiga pemimpin daripada NGO Islam berasingan dari negara ini yang aktif dalam menguruskan bantuan ke Asia Barat disenaraikan dalam TSC FBI.

Menerusi surat berkenaan juga, pihak Kementerian Luar meminta pihak Sekretariat Induk Ops Ihsan untuk mengambil tindakan sewajarnya memastikan tiga individu yang disenaraikan tidak lagi terbabit dengan Ops Ihsan.

Untuk rekod, Ops Ihsan diilhamkan bekas Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, sebagai satu usaha kerjasama antara Kementerian Luar dan NGO bagi menggerakkan sokongan dan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

BHonline-

Tags: Amerika SyarikatFBINGOpengganas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan mengapa Senator DAP, RA Lingeshwaran dan badan bukan...

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd