• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedudukan Sosioekonomi Masyarakat India Terhakis – Charles Santiago

oleh Mynewshub
21/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kedudukan Sosioekonomi Masyarakat India Terhakis – Charles Santiago
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen DAP, Charles Santiago membangkitkan kebimbangan mengenai kedudukan sosioekonomi masyarakat India di negara ini yang menurutnya semakin terhakis sejak beberapa dekad lalu.

Beliau berkata, perkara itu dibincangkan dalam pertemuan 19 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah Gelombang Saksama bersama pemimpin Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Wong Chen, semalam.

Menurut Santiago, kemiskinan antara generasi, pemilikan ekuiti yang rendah serta kadar keciciran sekolah kekal tinggi dalam kalangan masyarakat India.

Pada masa sama, beliau mendakwa isu diskriminasi dan gangsterisme semakin berakar dalam kehidupan masyarakat berkenaan dan bukan lagi masalah bersifat sementara.

Santiago turut mengetengahkan beberapa angka yang menurutnya menggambarkan keadaan tersebut, termasuk dakwaan bahawa pemohon pekerjaan India yang berkelayakan menerima kadar panggilan semula sebanyak sembilan peratus berbanding 33 peratus bagi pemohon Cina dan 13.1 peratus bagi pemohon Melayu.

Katanya, separuh daripada pekerja India memperoleh pendapatan kurang RM2,600, manakala jurang ketidaksamaan pendapatan dalam komuniti itu meningkat sebanyak 10 peratus berbanding dua peratus dalam kalangan masyarakat Cina dan penurunan satu peratus dalam kalangan Bumiputera.

Beliau turut mendakwa walaupun masyarakat India membentuk kira-kira 6.5 peratus daripada keseluruhan penduduk negara, mereka merangkumi 22 peratus daripada populasi penjara dan 22 peratus daripada mereka yang berada dalam hukuman mati.

Susulan keadaan itu, Gelombang Saksama mengemukakan tiga tuntutan berbentuk struktur bagi menangani permasalahan berkenaan secara jangka panjang.

Pertama, penubuhan sebuah agensi berkanun khusus yang mempunyai mandat, peruntukan kewangan serta kebebasan institusi sendiri.

Kedua, diwujudkan sebuah mekanisme pembiayaan khusus bagi menggerakkan sumber kerajaan dan masyarakat untuk pembangunan jangka panjang.

Ketiga, Gelombang Saksama mahu Jawatankuasa Kabinet Mengenai Hal Ehwal Masyarakat India diwujudkan semula bagi memastikan pengawasan politik serta penyelarasan antara agensi kerajaan.

Santiago menegaskan agenda masyarakat India tidak seharusnya terus muncul sebagai janji yang hanya diberikan setiap kali menjelang pilihan raya.

Menurutnya, perubahan menyeluruh memerlukan institusi kekal yang mampu bertahan walaupun berlaku pertukaran kerajaan serta dikendalikan golongan profesional dan bukannya ahli politik. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Charles Santiago

Tags: Charles SantiagoGelombang SaksamaKedudukan SosioekonomiMasyarakat IndiaNGOterhakis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PMX Anwar Pamer Bakat Menari Ala MGR

PMX Anwar Pamer Bakat Menari Ala MGR

30/07/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja pandai berpidato meyakinkan rakyat, malah memiliki bakat terpendam menari ala...

Muralitharan Seru Masyarakat India Negeri Sembilan Beri ‘Pengajaran’ Kepada Anwar

Muralitharan Seru Masyarakat India Negeri Sembilan Beri ‘Pengajaran’ Kepada Anwar

28/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemimpin masyarakat India, Muralitharan Ramachandran menyeru masyarakat India di Negeri Sembilan melakukan perkara yang sama seperti di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd